Tuesday, 25 June 2013

UMRAH PART 2

DAY 2 - 31/5/13 (JUMAAT)

           Jam 1 pagi :  semua jemaah keletihan, so tiada aktiviti sehinggalah masuk waktu subuh. Tapi hubby dan beberapa org rakan tak sabar2 nak buat ziarah ke Makam Rsulullah di masjid Nabawi. Setelah membersihkan diri dan solat jamak Isyak & Maghrib, seperti yg dijanjikan hubby turun ke lobi. Masa tu jam 2.30 pagi. Sebelum turun, aku berpesan kpd hubby supaya berdoa utkku banyak2 terutama di Raudhah. Sampaikan juga salamku dan rakan2 di tanah air kpd Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan saidina Umar. Sedihnya...bila mengenangkan yang aku tidak dpt ke Masjid Nabawi dan berkunjung ke Raudhah. Dalam hati tak putus2 berdoa...Ya Allah, berilah kesempatan kpdku utk menziarahi makam Rasulullah dan sahabat2nya, berilah juga kesempatan utkku sujud dan berdoa di Raudhah al Jannah yg sangat dirindui...Ya Allah, terimalah aku sebagai tetamuMu.
Bilik 504 Champ Hotel Madinah






 Sebelum ke masjid sempat juga hubby berposing sakan dengan jubah barunya itu.(Aku masih dalam mood sedih)

           Tinggallah aku keseorangan di bilik.Nak tidur pun mata tak mengantuk. Duduklah melayan kesedihan. Tiba2 hponeku berbunyi. Rupanya hubby yg call suruh aku pakai telekung dan turun cepat sebab rakan2 yang senasib dgnku ajak ke masjid buat ziarah luar. Dari luar pun kami boleh buat ziarah ke makam Rasulullah...manalah aku tahu... Alhamdulillah...dapat juga aku ke masjid Nabawi walaupun hanya di luar sahaja. Dari hotel ke masjid taklah jauh..rasanya dalam 200 meter. Tapi dari hotel kami hanya nampak tiang2 menaranya sahaja sebab di kiri kanan sepanjang jalan ke masjid dipagar utk melindungi kawasan pembangunan hotel. 

          Semakin hampir dgn masjid, hati semakin berdebar, Ya Allah...itukah masjid yang sering kulihat dalam google imej tu??  Sampai je di perkarangan masjid, hatiku jadi sebak..,Ya Allah indahnya rumahmu...Kami berhenti seketika. Salah seorang rakan yang senasib dgnku dah pernah buat umrah sebelum ini, so dialah yang menjadi jurupandu dan guru kpd kami 4 org yang pertama kali datang. Hubby dan rakan2nya masuk ke dalam masjid dan kami memulakan lawatan luar bermula dari luar Othman gate mengikut arah lawan jam seperti tawaf mengelilingi Kaabah. Sepanjang jalan tu, air mataku laju je mengalir...terharu tak dpt digambarkan... Hati tak putus berselawat... Sambil tu sempat juga aku snap gambar.

Inilah lorong yg dilalui dr hotel ke masjid
Al Salam Gate
Zoom in Al Salam Gate

          Dari Bab Al Salam, jemaah lelaki boleh terus masuk ke kawasan makam dan Ar Raudhah. Lama juga kami berhenti di sini, mendengar penerangan ringkas drp cikgu Ani tentang Raudhah al Jannah hingga kena tegur dengan pak pulisi.. Jam 3 pagi azan subuh yang pertama berkumandang. Sayunya rasa hati pertama kali mendengar azan dr Masjid Nabawi. Kami teruskan lawatan hingga ke Jibrail Gate. Di sini sekali lagi kami dihalau oleh pak pulisi. Kami minta izin untuk membaca doa dan memberi salam kpd Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Sekali lagi air mataku mengalir laju...sedih hati tak terkata...

 


Kubah Hijau yang menyimpan cerita tersendiri. Di bawah kubah inilah terletaknya Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar & Saidina Umar.  
  
                                                                             

           Kami meneruskan ziarah ke bahagian luar kawasan masjid, ke perkuburan Baqi'. Tetapi di sebalik tembuk ajelah...tak nampak apa2 pun kecuali tembuk dan pagar. Perkuburan ini hanya boleh diziarahi oleh jemaah lelaki sahaja. Di kawasan ini kami lihat byk kumpulan jemaah negara Arab yang sedang membaca doa atau tahlil di hadapan tembuk perkuburan. Lama juga kami berlegar-legar di sini. Jam 4 pagi kami balik ke hotel. Waktu subuh sudah hampir. Murahnya air mataku...macam tak mahu berhenti. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana diberi peluang untuk menjadi tetamuMu...Kau permudahkanlah segala urusanku, janganlah kau palingkan niat asalku ke Tanah Suci semata2 untuk beribadah kepadamu...aminnn...

          Sampai di hotel azan subuh pun berkumandang. Sayunya rasa hati...Aku masuk ke bilik utk merehatkan diri. Tak tahulah kenapa...aku langsung tak rasa letih atau mengantuk. Aku paksakan juga mataku untuk lelap seketika. Entah bila aku terlelap, aku pun tak tahu. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan deringan handphoneku. Rupanya hubby call ajak turun breakfast. Breakfast?...eh, dah pukul berapa ni....tengok kat luar dah terang tapi jam baru pukul 6 pagi. Kalau di tanah air cerah macam ni dah pukul 8 pagi. Malasnya aku nak turun, mandi pun belum lagi...Aku nak sambung tidur semula... baru nak tidur hubby masuk ke bilik bawa breakfast ke bilik. Amboi, rasa macam tuan puteri pulak...thanks hubby..

          Hubby kata dia dah janji dengan kawan nak iktikaf di masjid hingga solat Jumaat. Sekali lagi aku berpesan supaya dia berdoa agar aku boleh masuk ke masjid untuk bersolat dan yang paling penting boleh masuk ke Raudhah. Aku turut bersiap untuk mengikut hubby ke masjid tapi aku setakat luar masjid je lah..Kali ini aku jalan sorang2 je menikmati pemandangan di sekitar masjid waktu siang. Masa sampai, semua payung dah terbuka cantiknya....Peniaga2 semakin ramai memulakan perniagaan mereka. Dah puas merayau2 sekitar masjid, aku keluar ke kawasan kedai di sekitar hotel2 berhampiran. Kedai2 yang agak ekslusif belum buka lagi. Mungkin pukul 10 baru beroperasi. Dari jauh nampak Money Changer, teringat duit belum tukar lagi. Tukar RM300 = SR360. Ini bermakna RM100 = SR120. Cukuplah tu untuk beli barang keperluan bukannya nak bershopping sakan. Dalam pada itu teringat pula ttg kayu sugi yang belum dibeli. Takde masalah nak cari kayu sugi, sebab ramai penjaja di tepi jalan menjual kayu sugi. Tapi takde pulak yang menjual dalam kuantiti yang diperlukan, semuanya dalam jumlah yang banyak. Nak tak nak beli jugalah..harga pun taklah mahal, SR5 je. 

            
                                                        
                                                                                                             
                                                    

 
         
         Puas jalan sorang2, dah tak tahu nak buat apa lagi...cadang nak balik hotel. Berjumpa pula dengan Ani, kak Bib dan kak Has, tak jadi pula nak balik. Kedai2 pun dah memulakan biz masing2. Kami pun masuk ke salah satu kedai menjual jubah. Masing2 memilih jubah yang untuk dibeli. Akhirnya, selepas proses tawar menawar dapatlah harga  yang kami mahu. Peniaga2 ramai yang boleh berbahasa Melayu. So takde masalah dalam urusan jual beli. Aku membeli 2 helai jubah yang harganya sangat berpatutan.  Kami pulang ke hotel untuk berehat sementara menunggu lunch.

         Sampai di lobi, kami mengagihkan kayu sugi seorang 7 batang sebagai ikhtiar menghentikan haid... In sya Allah, dengan izinNya. Di hotel aku membuat pemeriksaan, lega rasa hati sbb sejak subuh tadi tiada tanda2 haid yang keluar. Jika sampai subuh esok, masih tiada, itu bermakna aku dah boleh bersolat di masjid, In Sya Allah...mungkin berkat doaku dan hubbyku serta keizinanNya

         Mutawif kumpulan kami ustaz Hj Hamdan meminta kami berkumpul di perkarangan masjid selepas solat asar untuk dibawa ke pasar kurma. Katanya harga kurma di pasar lebih murah jika dibandingkan dengan harga di ladang. Selepas Asar, kami beramai2 berjalan kaki ke pasar kurma. Boleh tahan juga jauhnya dari masjid. Terpaksa melintas beberapa jln raya, dan menyusur kedai2. Di pasar kurma kami ke kedai kenalan ustaz Hamdan. Kami dilayan dengan baik terutama drp seorang pekerja Indon yang sangat fasih berbahasa Arab. Kami diberi air percuma lagi dan dapat makan kurma free...HALAL..HALAL.. Masing2 sarat dengan kurma dan kekacang yang dibeli. Ada yang terpaksa balik ke hotel dengan menyewa teksi kerana tak larat nak membimbit beg yang berat. Aku dah ready dgn beg roda (hand lageg) yang diberi oleh Tiram Travel, so hubby diberi tugas menarik beg hingga ke hotel. Di pertengahan jalan roda beg jem tak bergerak sbb terlalu berat..tak larat nak menanggung beban. Kami berhenti sebentar di perkarangan masjid. Masa tu, payung2 sedang menguncup menandakan dah hampir waktu maghrib. 

         Aku tinggal sorang di bilik, hubby ke masjid utk solat maghrib dan isyak. Aku tertidur hinggalah hubby call suruh turun utk makan malam. Selesai makan malam, aku sambung tidur...kami tidur lena mlm tu kerana terlalu letih....

          
 

Monday, 24 June 2013

UMRAH - Ibadah Yang Indah.

mizali66.blogspot.com

Umrah Part 1

DAY 1 - 30/5/2013 (Khamis)
         Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya.. Perasaan bercampur aduk gembira, terharu, sedih, teruja & macam-macam lagi. Setelah bersalaman dgn anak-anak dan mohon doa restu mak, kami pun bertolak ke Senai. Tiada siapa menghantar kami, encik hubby memandu sendiri. Kereta akan kami tinggalkan di rumah kenalan 
 di Ulu Tiram. Perjalanan 2 jam ke Senai rasanya macam terlalu lama. Dalam hati tidak putus-putus berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kami.
 "RABBI YASSIRWALA TU'ASSIRRABBI TAMMIMBI KHAIR"
 Ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan, Ya Allah sempurnakan dengan kebaikan.
        
           Sampai di Masjid Senai Airport, semua jemaah dari Kuantan sudah berkumpul. Kami diminta duduk dalam kumpulan masing-masing bersama Mutawwif mengikut nombor bas yang diberi. Kami diberi tag nama, riben untuk diikat pada beg dan skarf oren menandakan kami adalah dari group Tiram Travel. Jam 1 tgh hari kami ke Senai International Airport. Sebelum tu sempat juga berposing..

                                                                    

          Ramainya orang di Senai Airport...semuanya nak mengerjakan umrah, rasanya dalam penerbangan yang sama dengan kami. Sesuatu telah terjadi pada diriku...rasa macam nak menjerit pun ada, tapi nak marah siapa??? Dengan hati yang sedikit kecewa tapi terpaksa redha dengan apa yang terjadi. Semuanya ketentuan Allah... Nak tahu apa yang terjadi pada diriku? Sebenarnya aku dah 'terkucil' (period). Mungkin ini ujian pertamaku, sebelum sampai ke Tanah Suci. Sebenarnya aku dah period pada 20/5 yg lepas. Baru je suci beberapa hari yang lalu...tapi hari ni..datang semula...nak buat macam mana ni??? Dalam hati berdoa agar semua ni tak berlanjutan. Lupakan buat seketika...

              Jam 2 ptg kami check in bagasi. Perut dah mula memberi isyarat.. Pagi tadi pun sarapan lebih kurang je.. Semua kedai makan penuh..malas nak fikir2 masuk je KFC, order snack plate sementara tunggu encik hubby bersolat. Selesai je lunch..kami beratur ke departure hall. Flight kami pukul 5 ptg, so ada masa lebih kurang 1 setengah jam lagi. Otak ligat berfikir macamna nak selesaikan masalah yang melanda. Tengah duk fikir2 tu, aku terima wassup drp seorang kawan. Aku pun ceritalah apa yang berlaku manalah tahu dia boleh tolong sebab dia dah banyak kali pergi umrah, so banyaklah pengalaman kes2 mcm aku ni...Dia suruh aku beli ubat di farmasi. Ada lagi petua yang diberi...sampai di Madinah nanti beli kayu sugi. Ambil 7 batang, rendam dalam air panas selama 6 jam, kemudian minum airnya. Sambil tu berdoa banyak2 semoga Allah memberikan pertolonganNya.. Alhamdulillah...lega sikit apabila ada yg memahami...

                  Jam 4 ptg; aku ceritakan pada hubby apa yang kawanku cadangkan itu. Masalahnya, boleh ke turun semula dr departure hall ni? Hubby ajak aku turun dan minta izin dgn pegawai yg bertugas utk ke farmasi sekejap. Alhamdulillah..keluar2 je terus nampak klinik KPJ. Setelah berbincang dgn doktor, kami pun naik semula ke departure hall. Tanpa berlengah, terus je ambil ubat yang dibeli tadi sambil berdoa moga dengan izinNya, masalahku dpt diatasi.

                  Jam 5.30 ptg, kami masuk ke perut pesawat NAS AIR yg akan menerbangkan kami terus ke Madinah. Selamat tinggal tanah air ku tercinta...semoga doa keluarga, saudara mara dan sahabat handai mengiringi pemergian kami.

                                                               
                                         

                   8 jam dalam penerbangan sangat lama dirasakan. Hidangan pertama habis walau pun tak seenak masakan di rumah...lapar agaknya..Nak buat apa lepas makan..nak tidur tak rasa mengantuk pun..nak berbual dgn rakan sebelah dah kehabisan modal. Dia pun dah terlelap.. Hubby pun dah belayar jauh. Keluarkan counter zikir...lebih baik baik berzikir drp duduk termenung mengenang nasib... Cuaca tidak berapa baik, so kerap juga co-pilot membuat pengumuman meminta penumpang memakai seat belt. Sekali sekala terasa juga gegaran, agaknya melanggar awan... 2 jam sebelum sampai, sekali lagi makanan dihidangkan untuk makan malam. Jam dah hampir pukul 1 pagi waktu Malaysia. Kalau di rumah dah lena diulit mimpi...

                   Tepat jam 9.15 pm waktu tempatan flight selamat mendarat di Madinah Airport. Alhamdulillah... macam tak percaya je..sewaktu kaki melangkah turun dr kapal terbang. Ya Allah..betul ke aku dah sampai ni? Bas dah sedia menunggu untuk membawa kami ke arrival hall. Aku dapat rasakan suhu yang membahang.. Sampai di arrival hall suhu menunjukkan 37 darjah celcius. Oo..patutlah rasa panas... Setelah selesai urusan bagasi dan imegretion, kami dibawa ke kawasan lapang untuk menunggu bas yg akan membawa kami ke hotel. Tak tahulah apa yang silap, kami menunggu hampir 2 jam dalam kepanasan, duduk atas pasir dan keletihan yang amat sangat. Bas yang ditunggu tak juga muncul...sabarlah hati..ini semua dugaan di Tanah Suci. Teringat pesan mak, jangan merungut, terima segala yg berlaku sebagai ujian. Kalau merungut nanti lebih banyak pula dugaan yang datang. 

        Hampir jam 11 mlm, 2 buah bas diikuti oleh teksi2 Inova yg dtg untuk mengangkut kami ke hotel. Alhamdulillah.... Tiba-tiba, datang seorang Bangla dengan selambanya mengambil beg kami tanpa disuruh pun lalu mengangkatnya ke dalam teksi, Lepas tu, senang2 je nak minta upah SR20 drp hubby. Hubby nak kasi SR5 tak mahu..lps tu marah2 kat hubby..dia nak keluarkan balik beg2 kami kalau tak nak bayar. Macamlah orang suruh dia angkat beg2 tu...panas juga aku tengok bangla tu..Nasiblah driver teksi cepat2 tutup bonet dan hubby pun masuk dalam, tutup pintu dan teksi pun terus pergi. Tinggallah bangla tu sambil marah2...padan muka...bagi SR5 tak mahu, akhirnya terus tak dapat apa2...
          
          On the way ke hotel, driver teksi tu sibuk bercerita dan tunjuk tempat2 yang kami lalui. Macam ayam dengan iteklah kami... Pak Arab tu tak pandai langsung speaking org putih, kami pulak sepatah haram tak tahu bahasa Arab... Apa yang kami faham dia tunjuk Jabal Uhud dan Masjid Nabawi yang kelihatan dari jauh. Sampai di hotel, menunggu pula urusan check in...Ramai jemaah aku lihat keletihan dan tertidur di sofa dan dilantai lobi hotel. Hampir jam 1 pagi barulah kami dapat masuk ke bilik masing2...Alhamdulillah... Dah masuk hari kedua rupanya...nanti aku sambung pula cerita hari kedua..

Pramugari sedang menghidangkan makanan

Hidangan pertama, mee hun goreng.

Hidangan ke dua..dpt juga makan nasi.


Nas-air mendaratkan kami dengan selamat. Terima kasih kpd semua krew.

Dalam bas




Di sinilah kami menunggu bas hampir 2 jam.

Bagasi kami

Rakan2 yang keletihan di lobi hotel.