Monday 24 June 2013

UMRAH - Ibadah Yang Indah.

mizali66.blogspot.com

Umrah Part 1

DAY 1 - 30/5/2013 (Khamis)
         Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya.. Perasaan bercampur aduk gembira, terharu, sedih, teruja & macam-macam lagi. Setelah bersalaman dgn anak-anak dan mohon doa restu mak, kami pun bertolak ke Senai. Tiada siapa menghantar kami, encik hubby memandu sendiri. Kereta akan kami tinggalkan di rumah kenalan 
 di Ulu Tiram. Perjalanan 2 jam ke Senai rasanya macam terlalu lama. Dalam hati tidak putus-putus berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kami.
 "RABBI YASSIRWALA TU'ASSIRRABBI TAMMIMBI KHAIR"
 Ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan, Ya Allah sempurnakan dengan kebaikan.
        
           Sampai di Masjid Senai Airport, semua jemaah dari Kuantan sudah berkumpul. Kami diminta duduk dalam kumpulan masing-masing bersama Mutawwif mengikut nombor bas yang diberi. Kami diberi tag nama, riben untuk diikat pada beg dan skarf oren menandakan kami adalah dari group Tiram Travel. Jam 1 tgh hari kami ke Senai International Airport. Sebelum tu sempat juga berposing..

                                                                    

          Ramainya orang di Senai Airport...semuanya nak mengerjakan umrah, rasanya dalam penerbangan yang sama dengan kami. Sesuatu telah terjadi pada diriku...rasa macam nak menjerit pun ada, tapi nak marah siapa??? Dengan hati yang sedikit kecewa tapi terpaksa redha dengan apa yang terjadi. Semuanya ketentuan Allah... Nak tahu apa yang terjadi pada diriku? Sebenarnya aku dah 'terkucil' (period). Mungkin ini ujian pertamaku, sebelum sampai ke Tanah Suci. Sebenarnya aku dah period pada 20/5 yg lepas. Baru je suci beberapa hari yang lalu...tapi hari ni..datang semula...nak buat macam mana ni??? Dalam hati berdoa agar semua ni tak berlanjutan. Lupakan buat seketika...

              Jam 2 ptg kami check in bagasi. Perut dah mula memberi isyarat.. Pagi tadi pun sarapan lebih kurang je.. Semua kedai makan penuh..malas nak fikir2 masuk je KFC, order snack plate sementara tunggu encik hubby bersolat. Selesai je lunch..kami beratur ke departure hall. Flight kami pukul 5 ptg, so ada masa lebih kurang 1 setengah jam lagi. Otak ligat berfikir macamna nak selesaikan masalah yang melanda. Tengah duk fikir2 tu, aku terima wassup drp seorang kawan. Aku pun ceritalah apa yang berlaku manalah tahu dia boleh tolong sebab dia dah banyak kali pergi umrah, so banyaklah pengalaman kes2 mcm aku ni...Dia suruh aku beli ubat di farmasi. Ada lagi petua yang diberi...sampai di Madinah nanti beli kayu sugi. Ambil 7 batang, rendam dalam air panas selama 6 jam, kemudian minum airnya. Sambil tu berdoa banyak2 semoga Allah memberikan pertolonganNya.. Alhamdulillah...lega sikit apabila ada yg memahami...

                  Jam 4 ptg; aku ceritakan pada hubby apa yang kawanku cadangkan itu. Masalahnya, boleh ke turun semula dr departure hall ni? Hubby ajak aku turun dan minta izin dgn pegawai yg bertugas utk ke farmasi sekejap. Alhamdulillah..keluar2 je terus nampak klinik KPJ. Setelah berbincang dgn doktor, kami pun naik semula ke departure hall. Tanpa berlengah, terus je ambil ubat yang dibeli tadi sambil berdoa moga dengan izinNya, masalahku dpt diatasi.

                  Jam 5.30 ptg, kami masuk ke perut pesawat NAS AIR yg akan menerbangkan kami terus ke Madinah. Selamat tinggal tanah air ku tercinta...semoga doa keluarga, saudara mara dan sahabat handai mengiringi pemergian kami.

                                                               
                                         

                   8 jam dalam penerbangan sangat lama dirasakan. Hidangan pertama habis walau pun tak seenak masakan di rumah...lapar agaknya..Nak buat apa lepas makan..nak tidur tak rasa mengantuk pun..nak berbual dgn rakan sebelah dah kehabisan modal. Dia pun dah terlelap.. Hubby pun dah belayar jauh. Keluarkan counter zikir...lebih baik baik berzikir drp duduk termenung mengenang nasib... Cuaca tidak berapa baik, so kerap juga co-pilot membuat pengumuman meminta penumpang memakai seat belt. Sekali sekala terasa juga gegaran, agaknya melanggar awan... 2 jam sebelum sampai, sekali lagi makanan dihidangkan untuk makan malam. Jam dah hampir pukul 1 pagi waktu Malaysia. Kalau di rumah dah lena diulit mimpi...

                   Tepat jam 9.15 pm waktu tempatan flight selamat mendarat di Madinah Airport. Alhamdulillah... macam tak percaya je..sewaktu kaki melangkah turun dr kapal terbang. Ya Allah..betul ke aku dah sampai ni? Bas dah sedia menunggu untuk membawa kami ke arrival hall. Aku dapat rasakan suhu yang membahang.. Sampai di arrival hall suhu menunjukkan 37 darjah celcius. Oo..patutlah rasa panas... Setelah selesai urusan bagasi dan imegretion, kami dibawa ke kawasan lapang untuk menunggu bas yg akan membawa kami ke hotel. Tak tahulah apa yang silap, kami menunggu hampir 2 jam dalam kepanasan, duduk atas pasir dan keletihan yang amat sangat. Bas yang ditunggu tak juga muncul...sabarlah hati..ini semua dugaan di Tanah Suci. Teringat pesan mak, jangan merungut, terima segala yg berlaku sebagai ujian. Kalau merungut nanti lebih banyak pula dugaan yang datang. 

        Hampir jam 11 mlm, 2 buah bas diikuti oleh teksi2 Inova yg dtg untuk mengangkut kami ke hotel. Alhamdulillah.... Tiba-tiba, datang seorang Bangla dengan selambanya mengambil beg kami tanpa disuruh pun lalu mengangkatnya ke dalam teksi, Lepas tu, senang2 je nak minta upah SR20 drp hubby. Hubby nak kasi SR5 tak mahu..lps tu marah2 kat hubby..dia nak keluarkan balik beg2 kami kalau tak nak bayar. Macamlah orang suruh dia angkat beg2 tu...panas juga aku tengok bangla tu..Nasiblah driver teksi cepat2 tutup bonet dan hubby pun masuk dalam, tutup pintu dan teksi pun terus pergi. Tinggallah bangla tu sambil marah2...padan muka...bagi SR5 tak mahu, akhirnya terus tak dapat apa2...
          
          On the way ke hotel, driver teksi tu sibuk bercerita dan tunjuk tempat2 yang kami lalui. Macam ayam dengan iteklah kami... Pak Arab tu tak pandai langsung speaking org putih, kami pulak sepatah haram tak tahu bahasa Arab... Apa yang kami faham dia tunjuk Jabal Uhud dan Masjid Nabawi yang kelihatan dari jauh. Sampai di hotel, menunggu pula urusan check in...Ramai jemaah aku lihat keletihan dan tertidur di sofa dan dilantai lobi hotel. Hampir jam 1 pagi barulah kami dapat masuk ke bilik masing2...Alhamdulillah... Dah masuk hari kedua rupanya...nanti aku sambung pula cerita hari kedua..

Pramugari sedang menghidangkan makanan

Hidangan pertama, mee hun goreng.

Hidangan ke dua..dpt juga makan nasi.


Nas-air mendaratkan kami dengan selamat. Terima kasih kpd semua krew.

Dalam bas




Di sinilah kami menunggu bas hampir 2 jam.

Bagasi kami

Rakan2 yang keletihan di lobi hotel.


                  













                                         


           

No comments:

Post a Comment