Sunday, 30 June 2013

EPISOD DI RAUDHAH

RAUDHAH  YANG DIRINDU (1)

          Salam alaik...bertemu kembali. Kali ini aku akan menyambung semula kisahku selepas selesai ziarah luar. Semoga kisahku ini akan menjadi panduan kepada rakan2 yang akan menunaikan umrah dan haji. Sharing is caring. Ok..mari kita teruskan...

          Setelah selesai bersiap2 aku dan hubby melangkah ke masjid untuk solat Zuhur. Aku memberitahu hubby lepas solat aku nak buat ziarah dan masuk ke Raudhah. Dalam pada itu lupa pula aku nak bagi kunci bilik kepadanya. Sampai di masjid kami berpisah mengikut laluan (gate) yang telah ditetapkan untuk jemaah lelaki dan jemaah wanita. Kali kedua masuk ke masjid, aku dah tak lupa nak bawa uncang/beg kasut. Beg itu aku bawa masuk ke masjid bersama beg sandang aku. Aku ikat kemas2 pada beg sandang supaya tidak tercicir.

       Sampai di pintu masuk, pengawal wanita berkelubung hitam memeriksa beg kami kalau2 kami membawa kamera. Risau juga aku takut dia check hp aku yang berkamera (GS4). Kalau kena rampas menangislah aku...Hp tu aku beli 2 hari sebelum berangkat.. Jadi hp tu aku sorok dalam poket jubah aku. Dia check dalam beg je, dlm poket tak check pun. Agaknya kamera kecil boleh kut, DSLR yg dilarang. Hp tu sangat penting untuk aku curi2 ambil gambar dalam masjid. Di tempat2 lain juga aku lebih suka ambil gambar guna GS4 je. Kamera jarang2 guna, masa2 tertentu je guna kamera.

          Selepas melepasi pemeriksaan pengawal, aku terus menuju ke saf paling hadapan bagi jemaah wanita. Aku mencari2 jemaah wanita yg memakai skaf oren di leher. Akhirnya aku bertemu juga dgn kak Bib. Kak Bib memang setia dgn skaf oren tu...Kak Bib memberi sedikit ruang utkku menunaikan solat sunat tahiyatul masjid. Tidak lama kemudian, azan pun berkumandang...jemaah semakin ramai. Makin sibuklah pengawal2 mengarahkan jemaah masuk ke ruang2 yang masih kosong.

          Selesai solat Zuhur, diikuti pula solat jenazah. Setiap kali selepas solat fardhu, tidak ada wirid dan doa dibaca oleh imam secara jemaah, baca sendiri2 je. Kalau nak solat sunat mengiringi fardhu(ba'diah) biasanya tak sempat. Jadi aku tunggu hingga imam mulakan solat jenazah, lepas solat jenazah barulah aku solat sunat ba'diah. Aku tidak mahu terlepas peluang keemasan itu. Jika di tempat kita, jarang wanita dapat solat jenazah. Di Tanah Suci setiap kali lepas solat fardhu kita boleh solat jenazah. Rupa-rupanya pahala solat jenazah ni macam dapat satu Bukit Uhud. Bukit Uhud ni satu-satunya bukit di syurga.

          Sedikit panduan solat jenazah.
          1. berniat ketika takbiratul ihram : "Sahaja aku solat ke atas jenazah-jenazah sepertimana
              yang disolatkan oleh imam, empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah 
              Taala"
          2. Selepas takbir pertama, baca Al Fatihah.
          3. Selepas takbir kedua baca selawat seperti tahiyat akhir (sekurang-kurangnya).
          4. Selepas takbir ketiga baca (sekurang-kurangnya) "Allahum mahgfirlahum warhamhum
              waa'fihim   wa'fuanhum"
          5. Selepas takbir keempat, diam sahaja dan salam mengikut imam.

         Pengawal-pengawal wanita telah siap sedia dengan tali untuk membahagikan kawasan jemaah wanita mengikut negara. Jemaah dari Malaysia disatukan dengan jemaah Indonesia, Singapura dan Brunai. Seorang pengawal memegang spanduk yang tertulis MALAYZIA dlm tulisan arab. Wanita2 Arab diasingkan dari  kumpulan lain. Jemaah  Turki satu kumpulan juga dikawal oleh seorang pengawal. Tapi apa yang dapat aku lihat jemaah/wanita Arab tidak mengendahkan arahan pengawal2 tu. Mereka tak duduk pun di tempat yang ditetapkan. Semuanya berasak-asak dekat pintu, menunggu pintu dibuka. Pintu itu adalah ruang pemisah di antara tempat solat jemaah lelaki dengan wanita. Pintu hanya dibuka ketika jemaah wanita hendak ke Raudhah.Untuk masuk ke Raudhah, jemaah wanita harus melalui ruang solat jemaah lelaki. Pada masa Raudhah dibuka untuk Jemaah wanita, jemaah lelaki tidak dibenarkan berada di kawasan laluan itu, kecuali pengawal2 yang bertugas.

          Aku tengok mereka seoalah2 nak merempuh pintu itu."MasyaAllah...macam tu sekali tak sabarnya mereka nak ke Raudhah." Sementara itu pengawal wanita yang mengawal kumpulan kami sentiasa menyuruh kami duduk. "Ibu, duduk ibu"...itulah sahaja arahannya yg aku faham dan mungkin itu ajelah yang dia tahu... Seorang jemaah wanita dalam kumpulan kami itu bangun lalu menghampiri pengawal wanita itu. Dia bertanya sesuatu...Oh, rupanya dia pandai berbahasa Arab. Mulai dari saat itu dialah pengantara kami dengan pengawal itu. Apa sahaja yang diarahkan oleh pengawal itu, akan diterjemahkan ke bahasa Melayu. 'Penterjemah' kami memberitahu sebab2 kami diasingkan. Pertama, sebab nak beri peluang kepada semua jemaah masuk ke Raudhah mengikut giliran kumpulan. Ruang di Raudhah sangat terhad, jadi kami tidak boleh masuk dalam bilangan yang terlalu ramai. Kedua, untuk mengelakkan kami dirempuh kerana org Malaysia berbadan kecil jika dibandingkan dengan wanita2 Arab dan negara2 lain, yang berbadan besar. Alasan yang ketiga, sebab kami lebih berdisiplin, mendengar arahan dan tidak degil berbandingkan jemaah2 laian yang kasar dan tidak mengikut arahan. Jadi, lebih eloklah kami diasingkan dari kumpulan yg lain itu.

           Lepas mendengar penerangannya, aku rasa bangga sangat menjadi orang Malaysia. Memang betullah tu...kebanyakan orang Malaysia dan negara2 jiran kita sangat berdisiplin, bersopan dan menghormati orang lain. Dalam erti kata lain, pandai membawa diri di tempat orang tanpa meninggalkan budaya dan identiti kemelayuannya. Malaysia sangat terkenal di tanah suci, masuk je kedai semua tahu kita orang Malaysia. Jadi tak hairanlah mengapa semua peniaga2 di sini tahu berbahasa Melayu. Ungkapan "Malayzia bagus" sangat popular di tanah suci. Jadi, jangan malu mengaku kita orang Malaysia. kita akan dilayan dengan baik dan boleh mendapat harga yang berpatutan ketika membeli-belah.

         Berbalik kepada cerita aku tadi...Apabila pengawal lelaki membuka pintu, riuh rendahlah bunyi suara jemaah wanita Arab berserta bunyi tapak kaki berlari tanpa mengira tegahan dan jeritan pengawal2 yang melarang mereka berlari. Barulah aku dapat melihat sendiri bagaimana cabaran untuk masuk ke Raudhah. Sebelum ini hanya mendengar cerita atau membaca pengalaman2 orang lain sahaja. Ini adalah cabaran pertama. Bagaimana pula ketika berada di dalam sana nanti??.."Ya Allah, permudahkanlah urusanku...."

          Kami adalah kumpulan yang terakhir bergerak ke ruang menunggu berhampiran Raudhah. Kumpulan yang pertama tadi agaknya dah sampai di dalam sana. Di ruang menunggu ini, kami diminta berselawat banyak2 sementara menanti giliran kami. Dari ruang ini kami melihat ada dua kumpulan lagi yang masih menunggu giliran. Nampaknya lama lagilah kami di sini. Dari sini, kami hanya dapat melihat ruang sebelah atas Raudhah (siling) yang dihiasi lampu yang cantik dan kipas2 yang ligat berputar. Kipas2 itulah yang membezakan ruang solat biasa dengan Raudhah. Di ruang solat tak ada kipas, hanya penghawa dingin sahaja. Hati berdebar2 dan rasa tidak sabar untuk melangkah masuk ke Raudhah.

         
        Lama juga kami menunggu, hampir satu jam. Jemaah lain aku lihat semakin gelisah. Perut aku pun dah memberi isyarat. Aku dah terlepas masa makan tengah hari di hotel. Untuk menghilangkan rasa lapar, aku minum air zam zam yang aku bawa di dalam beg sandang aku itu. Teringat pula aku kepada hubby...aku terus menghantar sms kpdnya menyatakan yang aku akan terus solat asar. Kalau nak masuk bilik dia kena minta kunci di kaunter receiption.

          Akhirnya, tiba juga giliran kami masuk ke Raudhah. Apabila kami sampai ke ruang yang dinamakan Raudhah, aku lihat masih ramai wanita2 Arab yang belum keluar. Degil betul mereka ni..pentingkan diri sendiri je...lansung tak memikirkan tentang orang lain. Berilah peluang kepada orang lain pula untuk bersolat dan berdoa. Ruang untuk jemaah wanita kecil sahaja. Yang membezakan ruang solat biasa dengan Raudah selain dari siling yang aku ceritakan tadi, ialah warna hamparan. Di Raudhah hamparannya berwarna hijau, ruang solat biasa berwarna merah. Selain itu, tiang2 di dalam Raudhah di hias dengan cantik diselang seli dengan warna keemasan. Itulah sedikit gambaran yang boleh aku berikan.

           Aku dan kak Bib saling berpegangan bimbang dirempuh wanita2 yang bertubuh besar. Sampai sahaja di Raudhah aku terus melihat ke kaki, "ya Allah, kak Bib..kita dah masuk ke dalam Raudah." aku berbisik kepada kak Bib. Alhamdulillah...tapi kami masih terpinga2 mencari ruang untuk bersolat. Tiada ruang langsung untuk kami. Jemaah yang tengah solat pun aku lihat dilangkah oleh jemaah lain yang lalu lalang. Aku mengangkat tangan berdoa kepada Allah semoga diberi sedikit ruang kepadaku dan kak Bib. Sementara itu aku tidak lupa untuk memberi salam kepada junjungan kita Rasulullah SAW serta sahabat2 baginda. aku juga menyampaikan salam rakan2 kepada Baginda. Pengawal tak henti2 menyuruh kami solat dengan segera. "Ibu..solat ibu..solat" Sayunya hati Allah sahaja yang tahu apabila melihat gelagat manusia yang seolah2 mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Kak Bib menarik tangan ku ke ruang yang agak kosong hanya boleh untuk kami bersujud. Dapatlah kami bersolat walaupun sujud di celah2 kaki orang yang lalu lalang. Dalam sujud aku bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada ku untuk bersolat di Raudhah. Air mataku laju mengalir kerana terharu dengan kebesaran dan nikmat yang diberi oleh Allah kepada ku. Sesungguhnya Allah maha mendengar, maha pemurah, maha pengasih lagi maha penyayang. Betapa dia mendengar doa dan permintaanku kerana sebelum ini aku dalam keadaan haid. Tetapi dalam masa dua hari dengan izinNya haidku berhenti. Begitu juga dengan kak Bib. Aku dan kak Bib mengalami keadaan yang sama. Kami sama2 diberi peluang oleh Allah untuk memasuki Masjid Nabawi dan Raudhah Al Jannah, bersolat dan berdoa semahunya. "Syukur kepadaMu Ya Allah...kerana memberi kesempatan kepadaku kali ini. Aku tidak tahu adakah peluang seperti ini akan datang lagi? Hanya Engkau sahaja yang mengetahui...terima kasih Ya Allah..." 

          Selesai sahaja solat dua rakaat dan berdoa, aku dan kak Bib berjalan untuk keluar. Tiba2 ada lagi ruang kosong cukup2 untuk kami bersujud. Sekali lagi kami bersolat sebelum orang lain mengambil tempat itu. Selepas bersolat dan berdoa kami melalui bawah mimbar laluan untuk keluar tapi masih lagi dalam kawasan berhamparan hijau. Aku bisik ke telinga kak Bib, ajak dia bersolat lagi. Kali ini kami berdiri di belakang jemaah yang hampir selesai berdoa di bahagian paling hadapan mengadap dinding, jadi tak ada orang yang lalu lalang di situ. Setelah jemaah itu selesai, kami cepat2 solat. Kali ini kami boleh bersolat dengan lebih selesa kerana tiada yang lalu lalang di hadapan kami, malah aku sempat membaca doa khas ketika di Raudhah yang terdapat dalam buku doa yang dibekalkan.

        Aku dan kak Bib melangkah keluar dengan penuh rasa kusyukuran. Aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Tetapi dari bahagian luar sahaja. Semasa di dalam Raudhah, aku langsung tak ingat nak mengambil gambar. Kalau ingat pun aku rasa memang tak sempat nak ambil sebab keadaan terlalu padat dan sesak. Jadi tak adalah gambar di dalam Raudhah. Tak apalah, di  dalam Raudah untuk jemaah perempuan bukannya ada apa2 hanya ruang untuk solat sahaja. Mihrab Rasulullah dan Mimbar Rasulullah, semuanya di bahagian hadapan ruang untuk jemaah lelaki. Ruang untuk jemaah wanita dan lelaki dipisahkan oleh dinding plastik yang tebal setinggi 2 meter. Makam pula hanya dindingnya sahaja yang nampak.  

           Jam dah menunjukkan ke pukul 3.30 petang. Tak lama lagi dah nak masuk asar. Kami masuk semula ke ruang solat jemaah wanita. Kami duduk di saf paling hadapan. Aku dan kak Bib berjanji akan ke Raudhah lagi selepas Solat Isyak malam nanti. Kami belum puas untuk berdoa di Raudhah. Sesungguhnya cabaran yang kami hadapi untuk masuk ke Raudhah tidak menjadikan kami serik untuk ke sana lagi. Malah makin bersemangat...









           Selesai solat asar aku dan kak Bib keluar dari masjid. Suami kak Bib setia menunggu. Hubby aku belum keluar lagi. Aku menunggu di tempat yang mudah untuk dilihat. Setelah hubby sampai aku mengajaknya dan Hakim pergi membeli makanan kerana aku belum makan sejak dari waktu Zuhur lagi. Petang itu, aku lihat ramai jemaah dr Malaysia yang membeli belah. Setiap lorong dan jalan dipenuhi oleh jemaah yang tidak melepaskan peluang membeli-belah. Setelah membeli nasi beriani kambing, aku balik ke hotel sendiri. Hubby dan Hakim masih nak meronda-ronda lagi. Aku dah tak larat kerana kelaparan. Sampai di hotel aku terus makan nasi beriani kambing itu. Nasi itu kuantitinya cukup untuk makan 3 orang. Aku makan sikit pun dah rasa kenyang. Aku simpan semula nasi itu untuk makan malam nnti. Sudah tentu aku tak sempat nak makan malam selepas Isyak nnt kerana aku dah berjanji dengan kak Bib untuk masuk ke Raudhah lagi.

            Aku akan sambung semula pengalaman ke Raudhah dalam entri yang akan datang yang tentunya lebih mencabar. Tunggu......

 *untuk mengikuti sambungan kisah ini sila ke mizali66.blogspot.com  

        

Friday, 28 June 2013

UMRAH PART 3

ZIARAH LUAR 

DAY 3 - 1/6/13 (Sabtu)

          Alhamdulillah...syukur kepadaMu Ya Allah, sesungguhnya dengan izinMu sudah 24 jam aku dalam keadaan suci. Ini bermakna aku boleh ke masjid untuk solat subuh pertamaku sejak berada di Madinah. Jam 3.30 pagi, aku dan hubby berjalan ke masjid bersama jemaah2 yg lain. Sampai di pintu masjid aku terus membaca doa masuk ke masjid.
"Dengan nama Allah dan agama Rasulullah, Ya Allah, berikan selawat dan salam ke atas Nabi Muhamad s.a.w. dan keluarganya. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah semua pintu rahmatMu."
Sebelum masuk aku meletakkan kasut di rak bahagian luar sambil berdoa agar kasutku tak hilang. Aku lupa nak bawa uncang kasut. Masa aku sampai tu, polis wanita belum ada lagi berkawal di pintu masjid. Disebabkan pertama kali masuk ke masjid Nabawi, aku rasa sungguh kagum melihat betapa indahnya senibina bhg dalam  masjid itu. Aku terus mencari ruang untukku bersolat sunat tahiyatul masjid diikuti solat sunat yang lain sebelum masuk waktu subuh. Sekali lagi air mataku gugur apabila mendengar Muadzim melaungkan azan subuh. sungguh shahdu aku rasakan...Sejak sampai di Madinah, air mataku begitu murah..hati pula selalu je sebak...

          Selesai solat subuh, aku tidak terus keluar. Aku pergi ke saf paling hadapan dengan harapan dapat masuk ke Raudhah. Waktu masuk ke Raudhah bagi jemaah wanita hanya 3 kali.
Pagi: Selepas solat subuh hingga jam 10.00 pagi
Tengah hari: Selepas solat zohor hingga jam 3.00 petang
Malam: Selepas solat isya’ hingga jam 11.00 malam
Aku menunggu penuh sabar. Tapi hingga pukul 5.30 pagi belum ada tanda2 yang menunjukkan jemaah wanita akan dibawa masuk ke Raudhah. Aku tidak boleh menunggu lagi sbb kami mesti berkumpul di lobi hotel jam 6.30 pagi untuk buat ziarah luar. Aku terus keluar dr masjid sambil membaca doa,
"Dengan nama Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah, Ya Allah, bukakanlah semua pintu rezeki dan kebaikan bagiku."

          Sampai di pintu, mataku liar memandang ke rak kasut. Alhamdulillah...masih ada lagi kasutku di situ. Aku balik ke hotel dengan segera untuk breakfast. Hubby dah lama sampai di hotel. Dia tidak menungguku sbb aku dah beritahu lebih awal yang aku nak ziarah (ke Raudhah) dulu sebelum balik. Di dining hall dah ramai jemaah sedang breakfast. Aku mencari tempat kosong dan cepat2 makan sbb nak bersiap2 utk ziarah luar.

Hotel penginapan kami dari jalan yang dilalui setiap hari ke Masjid. Waktu ini baru jam 6.00 pagi tapi dah terang benderang macam jam 8.00 pagi di tanah air.
   

         Tepat jam 6.30 pagi aku dan hubby turun ke lobi. Ramai jemaah dah menunggu...bas2 yg akan membawa kami pun sudah tiba.  Melihat ramai jemaah wanita yang memakai 'NIQAB' (kain penutup muka seperti yang dipakai oleh wanita2 Arab), aku pun naik semula ke bilik utk mengambilnya. Dalam cuaca dan suhu yang panas, memakai Niqab adalah cara yang terbaik. Niqab tu aku beli masa membeli jubah.

           Sebelum bertolak, kami diingatkan supaya berwuduk terlebih dahulu untuk bersolat di Masjid Quba'. Masjid ini merupakan masjid pertama dalam Islam yang dibina sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. tiba dari Mekah ketika berhijrah bersama sahabat baginda, Saidina Abu Bakar. Mendirikan solat di masjid ini sangat besar ganjarannya. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang berwuduk di rumahnya (tempat penginapan), kemudian bersolat di Masjid Quba', dia akan mendapat pahala satu umrah".

          Sepanjang perjalanan ke Masjid Quba' aku tak lepaskan peluang untuk melihat pemandangan kota Madinah Al Munawarah. Seperti bandar2 lain Madinah juga sdg pesat membangun. Aku macam biasalah aku, snap sana...snap sini menambahkan koleksi gambar dlm memori hp aku. Org lain guna DSLR, aku dgn GS4 pun dah cukup. Itupun bukannya pro sangat.

Salah sebuah masjid di Kota Madinah 
salah sebuah hospital di kota Madinah
          Setelah hampir dgn masjid, kami lihat org ramai dah mula memenuhi  kawasan masjid. Kawasan parking bas pun sama. Aku lihat bas berderet2 hampir sama je...Orang berniaga pun ramai juga. Macam2 yang dijual. Turun dr bas, sempat juga menjeling ke arah barang2 yang dijual di kawasan tu. Semuanya sama je..mana2 pun ada. Aku & hubby terus melangkah laju ke masjid untuk bersolat. Aku menuju ke pintu yg dikhaskan utk wanita. "MasyaAllah...ramainya...cabaran betul..".nak masuk dan nak keluar semuanya menggunakan laluan yang sama, berasak-asak. Kenapalah tak buat laluan lain untuk keluar, jadi taklah sesak sangat. Pandai2 pulak aku nak mengajar....lama jugalah aku tersekat di situ...Kesiannya aku lihat org2 tua yg kena tolak dan dirempuh oleh wanita2 arab yg berbadan besar tu. Aku sendiri pun entah beberapa kali nak tersungkur. Nasiblah aku jumpa dgn kak Bib, kami saling berpegangan supaya tak jatuh. Kak Bib pun sama macam aku, dah suci dr haid...alhamdulillah...

          Alhamdulillah... akhirnya kami dpt masuk ke dalam masjid. Aku tumpang uncang kasut kak Bib sbb aku lupa lagi nak bawa uncang tu. Kami diarahkan oleh pengawal wanita, supaya naik ke ruang solat di tingkat atas. Ruang solat di atas lebih selesa kerana tidak ramai jemaah di situ berbanding dgn ruang solat di bawah. Agaknya ramai yang malas nak memanjat tangga naik ke atas. Aku mengambil ruang paling hadapan supaya tak terganggu dgn org yang lalu lalang di hadapan aku. Memang betullah kata mak dan ustaz2 yang memberi kursus, kalau di tempat kita...kita sangat hormat kpd org yg sdg solat. Kita tak lalu di hadapan org tgh solat. Tapi di sini, tgh solat pun org boleh langgar dan langkah kepala kita yg tgh bersujud. Pelik juga bila difikirkan...knp mereka tak berdisiplin?? Kenapa mesti berebut2?? Jawapannya mungkin disebabkan mereka mementingkan diri sendiri....semoga aku dijauhkan dr sifat itu.

           Aku mulakan dgn solat tahiyatul masjid diikuti dgn solat hajad. Lama juga aku berdoa kerana inilah peluang yg diberi Allah kpdku sebagai tetamuNya...Tak tahu bila pula peluang begini nak datang lagi...moga ini bukan peluang pertama dan terakhir untukku. Selesai solat dan berdoa, aku pun segera keluar. Alhamdulillah...masa aku keluar tu, jemaah dah berkurangan. Mudah pula nak keluar, taklah berasak2 macam nak masuk tadi. Aku call hubby, rupanya dia dah lama menunggu di dalam bas. Aku cepat2 menuju ke arah bas yg banyak tu..."eh, mana pulak bas aku tadi?" Aku tercari2 rakan2 dr bas yg sama. Masih ada yg sdg membeli belah. Lega rasa hati..maknanya aku bukanlah org yg terakhir.

          Satu peristiwa lucu terjadi padaku...nak tergelak bila teringatkannya... Aku sebenarnya lupa warna bas yg aku naik. Yang aku ingat, di cermin hadapan bas tu tertulis nombor 7. Sedang aku tertinjau2 tu rupanya bas no 7 tu di sebelah aku je...aku pun terus pergi ke sebelah kiri bas. "Eh, mana pulak pintu bas ni??" Ops..aku lupa yg kenderaan di sana dipandu di sebelah kiri. Jadi mcm mana nak jumpa pintu sebelah kiri. Pintu utk driver adalah..(lucu yg pertama)

         Aku pun cepat2 pusing semula ke sebelah kanan. Nampak pintu..aku pun terus naik. Aku rasa semacam je..."eh, kenapa pulak macam lain je..macam tak kenal je org2 dlm bas ni..."Semua yg ada dlm bas pun macam pelik je tengok aku. Aku pun terus bertanya dengan jemaah yg terhampir...sebelum sempat dia menjawab ada seorang kakak tu terus sound aku...."adik salah bas kut"...opss...ye ke? Rasa darah terus menerpa ke mukaku..merah padam agaknya...malu tak terkata..Apa lagi...tanpa berlengah dan tanpa minta maaf aku pun segera turun dr bas tu...Aduh...malunya aku....Sampai bawah, aku tengok semula kat depan bas tu betullah no 7. Rupanya ada juga bas yg sama no dgn bas aku...(lucu kedua).

     "Manalah pulak bas aku ni..."Aku terus call hubby, dia suruh aku cepat sikit nanti kena tinggal..."Aduh...manalah pulak bas ni..."Akhirnya aku nampak beberapa org dr kumpulan aku yg berskarf oren sdg berbual2 berhampiran sebuah bas dan bas tu ada no 7 pada kertas di cermin hadapannya . "Yes, itu comfirm bas aku"...alhamdulillah... Itulah kebaikan memakai tanda seperti skarf oren yg diberi oleh agensi yg membawa kami. Tapi masa tu aku tak pakai pun skarf tu..beg sandang aku yg pakai...tapi at least ada juga tanda kan...

        Kali ini aku pastikan yang aku tak salah arah cari pintu...dan juga tak salah bas lagi. Naik je dalam bas aku terus nampak muka hubby dan Hakim di seat paling belakang. Syukur alhamdulillah....lega betul rasa hati...lepas tu buat2 merajuk dgn hubby sbb tak tunggu aku masa keluar dr masjid. Dia pun kata, "itulah suka sangat ambil gambar, kan nak kena tinggal"...ada ke dia kata aku lambat sbb leka ambil gambar....Bila semua jemaah dan naik bas, kami pun meninggalkan Masjid Quba' menuju ke Jabal Uhud. "Selamat tinggal Masjid Quba', aku akan datang lagi..In sya Allah..."Aku pun buka cerita apa yg sebenarnya berlaku pada aku sebelum itu....Apa lagi hubby dan Hakim gelakkan aku...aku pun gelak sama...peristiwa itu pasti takkan dapat aku lupakan...



 


           Bas meluncur laju ke Jabal Uhud. Masa tu baru jam 9.00 pagi, tapi dah macam pukul 12.00 tgh hari di tanah air. Cuaca cerah, suhu aku agaklah melebihi 40 darjah celcius. Jabal Uhud, bukit yang menyaksikan limpahan darah para syuhada yang berjuang demi mempertahankan agama kita yang tercinta ini. Dari jauh lagi dah nampak bukit yang berwarna kemerah-merahan itu, seolah-olah nak memberitahu betapa di sinilah mengalirnya darah dan airmata mereka yang sanggup kehilangan harta dan insan tersayang demi mengejar keredhaan Illahi, Allahu Akbar…

         Sampai di Jabal Uhud, seperti juga di Masjid Quba' bas dah berderet2. Tapi di situ kawasannya luas. Jadi taklah bersesak-sesak spt di Masjid Quba'. Di sekitar kaki bukit, ramai org berniaga. Macam-macam benda yang dijual terutama pelbagai ubat2 tradisional seperti akar kayu dan buah2 kering. Tetapi peniaga di sini tak berapa pandai berbahasa Melayu terutama peniaga wanita berkulit hitam.

Jabal Uhud
Sedikit maklumat tentang Jabal Uhud sebagai perkongsian. Jabal Uhud terletak lima kilometer (km) ke utara Kota Madinah, dan bukit ini dikatakan antara bukit yang dapat kita lihat di dalam syurga andaikata kita berjaya dimasukkan ke dalam jannah, InsyaAllah....
ia seperti sabda Baginda;
” Ini (Jabal Uhud) adalah gunung yang ia mencintai kami dan kamipun mencintainya. Dan dia adalah salah satu gunung yang terdapat di syurga. “
 
Jabal Uhud mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding bukit-bukit yang lain sekitar kota Madinah. Tingginya 1077 meter.  Bukit ini tidak bersambung dengan mana-mana rangkaian bukit dan terletak sedikit terasing oleh sebab itu, Jabal Uhud dinamakan ‘Uhud’ yang membawa erti ‘satu’ atau ‘terpencil’ dan bila sebut Jabal Uhud, sudah tentu kita tidak akan lupa satu peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu Perang Uhud yang terjadi pada Shawal 3 / H Mac 625 M. Perang kedua dalam Islam ini mengorbankan 70 orang muslimim termasuk bapa saudara baginda, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami kecederaan yang teruk, perang ini berakhir dengan kekalahan di pihak muslim. Sahabat-sahabat Nabi membawa baginda berundur ke belakang lalu terus menaiki Bukit Uhud. Bukit Uhud bergoyang kerana malu tubuhnya dinaiki makhluk yang paling mulia.
Bersabdalah Nabi SAW: “Isbat ya Uhud”. Tetaplah engkau wahai uhud. Bukankah makhluk yang paling mulia berada di atasmu bersama shahidain (dua sahabat yang akan syahid iaitu Umar dan Uthman).

Setelah berundur di atas Bukit Uhud, Rasulullah di tempatkan di sebuah gua yang kecil yang hanya menempatkan empat orang di dalamnya. Rasulullah SAW terbaring tidak sedarkan diri manakala para sahabat berkubu di bawah bukit bagi menyekat serangan kaum musyrikin. Setelah peperangan reda tentera Muslimin pun baliklah ke Kota Madinah.
Jabal Uhud dr dlm bas


 


 


Jabal Rumat / Bukit Pemanah
 Salah satu lokasi di sekitar gunung Uhud. Sebuah bukit yang tidak terlalu tinggi dan merupakan bukit yg ditunjuk Rasulullah saw sebagai tempat pasukan pemanah dalam peperangan Uhud. Jabal Rumat adalah tempat penting, kerana di sanalah 50 pasukan permanah Islam bersiap membantu serangan, sehingga pasukan tentera kafir Quraisy berundur. Tentera Islam telah menang dengan pengunduran tentera kafir itu.  Tentera memanah yang bertahan di atas bukit ini mula turun ke bawah bukit untuk memungut harta 
 rampasan perang, yg sengaja ditinggalkan oleh pasukan kafir. Mereka lupa akan pesanan Rasulullah SAW agar tidak meninggalkan tempat pertahanan mereka di atas Bukit Rumat sama ada menang ataupun kalah. 

Melihatkan tentera Islam turun dari pertahanan mereka, Khalid Al-Walid yang mengetuai tentera kafir Quraisy telah menyerang tentera Islam dari arah belakang menerusi bukit ini. Serangan mengejut itulah yang menyebabkan pertahanan tentera Islam menjadi lemah. Walau bagaimanapun Rasulullah SAW bersama Abu Bakar, Umar dan Ali masih selamat. Ubai bin Khalaf  yang ketika itu muncul untuk membunuh Rasulullah SAW telah ditikam oleh Baginda menggunakan lembing sehingga mati kerana mempertahankan diri Baginda dan iainya merupakan yang pertama dilakukan Baginda.

Rasulullah SAW cedera parah. Kedua lutut Baginda tercedera, pipi, gigi Baginda patah dan Baginda Rasulullah SAW turut pengsan. Ramai sahabat berusaha menjadi perisai untuk melindunginya dari terkena serangan anak-anak panah yang bagaikan hujan lebat. Ramai tentara Islam yang cedera parah akibat serangan pembalasan dendam tentera kafir Quraisy. Seramai 70 orang tentera Islam terkorban manakala hanya 23 tentera Quraisy yang terkorban dalam peperangan Uhud ini. Antara yang terkorban semasa mempertahankan Baginda adalah Abu Dajajah, Saad Bin Abi Waqas, Mus'ab Bin Umair, seorang sahabiah yang bernama Ummu Imarah Nusaibah Al-Ashary (perawat tentera Islam dalam peperangan ini) serta suaminya Zaid Bin Asim serta 2 orang anaknya Habib dan Abdullah yang turut menjadikan tubuh mereka sebagai perisai mempertahankan Rasulullah SAW.  

Bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Saidina Hamzah Bin Adbul Muttalib yang diberi gelaran 'Singa Allah' dibunuh oleh seorang lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya telah ditebuk dan hatinya dilapah dengan dahsyat oleh Hindun, isteri Abu Sufiyan. Perbuatan Hindun ini sangat memberi kesan walaupun kemudiannya Hindun telah kembali kepada Islam.





 





Makam Syuhada
Jenazah para syuhada Uhud ini pun segera dimakamkan dekat lokasi perang serta disolatkan satu persatu sebelum dikuburkan. Adapun Sayidina Hamzah disolatkan sebanyak 70 kali. Beliau pun dimakamkan bersama dengan Abdullah bin Jahsyi (sepupu Nabi) di lokasi yang terpisah dengan  para syuhada yang lain seramai 68 orang. Komplek pemakaman ini sendiri nampak sangat sederhana, hanya dikelilingi pagar setinggi 1,75 meter. Dari luar hanya tampak jeruji agar jamaah dapat melihat sedikit ke dalam. Tapi di dalamnya kawasan permakaman yang dikelilingi pagar itu tak ada tanda-tanda khusus, seperti batu nisan, yang menandakan ada makam di sana. Gunung Uhud pun ikut menangis atas peristiwa Uhud yang menelan banyak korban di pihak mujahid Islam. 

Disebabkan kecintaan Rasulullah kepada para syuhada Uhud, terutama Hamzah, kemudian mendorong beliau sentiasa berziarah ke Jabal Uhud hampir setiap tahun. Langkah beliau kemudian juga diikuti oleh beberapa sahabat sesudah Rasul wafat. Bahkan dikisahkan bahwa Umar dan Abu Bakar selalu mengingatkan Rasul jika perjalanannya telah mendekati Uhud. Nabi Muhammad SAW bersabda,”Mereka yang dimakamkan di Uhud tak memperoleh tempat lain kecuali ruhnya berada did alam burung hijau yang melintasi sungai Surgawi. Burung itu memakan makanan dari taman syurga, dan tak pernah kehabisan makanan. Pada syuhada itu berkata siapa yang akan menceritakan keadaan kami kepada saudara kami bahawa kami sudah berada di syurga.”
Maka Allah berkata, "Aku yang akan memberi kabar kepada mereka." 
Maka dari situ kemudian turun ayat yang berbunyi, "Dan janganlah mengira bahwa orang yang terbunuh di jalan Allah itu meninggal "(Qs 3:169).  Hingga kini, Jabal Uhud menjadi tempat penting untuk diziarahi oleh para jamaah haji dan umrah. Di tempat ini, kita disunatkan berdoa kepada para syuhada. 

"Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah SAW . Salam sejahtera ke atas engkau wahai penghulu pagi para syahid, salam sejahtera ke atas Engkau wahai Singa Allah dan Singa Rasulullah SAW. Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saidina Abdullah bin Jahsyi, salam sejahtera ke atas engkau wahai Saidina Mus'ab bin Umair, salam sejahtera ke atas kamu orang-orang yang mati dalam Peperangan Uhud, salam sejahtera atas kamu kerana kesabaran kamu menghadapi musuh untuk menegakkan kebenaran Islam iaitu sebaik-baik balasan yang akan kamu terima daripada Allah. Ya Allah, ya Tuhanku, gandakanlah pahala amalan mereka yang telah mereka lakukan untuk kesucian agama Islam dan pemeluk-pemeluknya. Tinggikanlah pangkat dan darjat dengan kemurahanMu wahai Tuhan Yang Amat Pemurah.  

 
 
        Sambung semula pengalaman aku di Jabal Uhud. Walaupun panas terik, kami gagahkan juga kaki mendaki Bukit Ramat / Pemanah. Ramai jemaah yang tidak melepaskan peluang itu. Nampak macam tak tinggi tapi semput juga nafasku...tanganku pula tak lepas dari memaut lengan hubby  agar aku tidak terjatuh. Tapi sungguh tak percaya apabila melihat seorang nenek mendaki dengan selamba tampa dibantu oleh sesiapa. Nenek tu satu group dgn aku. Dia datang bersama anak perempuan, cucu lelaki dan cucu menantu (Lydia).  Kagumnya aku....sampai di atas aku terus bertanya dengan Lydia, umur neneknya itu. Umur nenek tu dah hampir 80 tahun. Tubuhnya kecil je..tapi staminanya kuat. Di kampungnya dlm usia itu dia masih menoreh getah. Terdetik dalam hatiku..."jika usiaku panjang, adakah aku sekuat nenek itu dalam usia sebegitu? Wallah A'lam Bissawab..."

         Turun je dari Bukit Pemanah, kami terus ke Makam para syuhada yg terkorban semasa perang Uhud. Kami hanya dapat melihat dari celah2 jeriji. Kubur di situ tidak bertanda dgn batu nisan. Kami terus membacakan doa seperti yang ada dlm buku doa yg dibekalkan kpd kami oleh agensi. Selesai berdoa kami meninjau2 gerai2 yang menjual pelbagai jenis barang. Tapi aku tak beli apa2 pun. Hubby membeli sehelai kain (skarf) lelaki untuk menutup kepala drp perit cahaya matahari. Selepas itu kami naik ke dalam bas untuk meneruskan ziarah kami ke ladang kurma.

Tembikai pun ada
          Kami sampai di ladang kurma dlm pukul 10.00 pagi. Tak masuk ladang pun...cuma masuk kat tempat menjual kurma. Di situ semua jenis kurma ada. Kami boleh makan sebanyak mana pun...semuanya halal. Tapi harga kurma di situ sangatlah mahal, 2 kali ganda dgn harga kurma di pasar kurma yang kami pergi hari semalamnya. Aku tak beli walau satu jenis kurma pun sbb semuanya dah dibeli. Lebih kurang setengah jam di situ, kami pun naik semula ke dalam bas. Sepatutnya kami pergi melawat kilang al Quran tapi disebbkan kesuntukan masa, kami terus je pulang ke hotel. Jadi tak banyaklah yang dapat aku ceritakan di sini.


         Pukul 11.00 kami sampai di hotel. Waktu tu macam pukul 1.00 di tanah air. Hubby ajak masuk kedai menjual jubah lelaki dan perempuan. Harga di kedai tu berpatutan juga. Banyak juga yang kami beli, untuk anak2, kawan2 dan diri sendiri.  Lepas tu kami terus balik ke hotel, bersiap2 ke masjid untuk  solat zuhur. 

          Oklah...aku stop dulu...nanti aku sambung pula dengan cerita yang lebih manarik. Pengalaman di Raudhah.....tunggu....assalamualaikum.....



          


Tuesday, 25 June 2013

UMRAH PART 2

DAY 2 - 31/5/13 (JUMAAT)

           Jam 1 pagi :  semua jemaah keletihan, so tiada aktiviti sehinggalah masuk waktu subuh. Tapi hubby dan beberapa org rakan tak sabar2 nak buat ziarah ke Makam Rsulullah di masjid Nabawi. Setelah membersihkan diri dan solat jamak Isyak & Maghrib, seperti yg dijanjikan hubby turun ke lobi. Masa tu jam 2.30 pagi. Sebelum turun, aku berpesan kpd hubby supaya berdoa utkku banyak2 terutama di Raudhah. Sampaikan juga salamku dan rakan2 di tanah air kpd Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan saidina Umar. Sedihnya...bila mengenangkan yang aku tidak dpt ke Masjid Nabawi dan berkunjung ke Raudhah. Dalam hati tak putus2 berdoa...Ya Allah, berilah kesempatan kpdku utk menziarahi makam Rasulullah dan sahabat2nya, berilah juga kesempatan utkku sujud dan berdoa di Raudhah al Jannah yg sangat dirindui...Ya Allah, terimalah aku sebagai tetamuMu.
Bilik 504 Champ Hotel Madinah






 Sebelum ke masjid sempat juga hubby berposing sakan dengan jubah barunya itu.(Aku masih dalam mood sedih)

           Tinggallah aku keseorangan di bilik.Nak tidur pun mata tak mengantuk. Duduklah melayan kesedihan. Tiba2 hponeku berbunyi. Rupanya hubby yg call suruh aku pakai telekung dan turun cepat sebab rakan2 yang senasib dgnku ajak ke masjid buat ziarah luar. Dari luar pun kami boleh buat ziarah ke makam Rasulullah...manalah aku tahu... Alhamdulillah...dapat juga aku ke masjid Nabawi walaupun hanya di luar sahaja. Dari hotel ke masjid taklah jauh..rasanya dalam 200 meter. Tapi dari hotel kami hanya nampak tiang2 menaranya sahaja sebab di kiri kanan sepanjang jalan ke masjid dipagar utk melindungi kawasan pembangunan hotel. 

          Semakin hampir dgn masjid, hati semakin berdebar, Ya Allah...itukah masjid yang sering kulihat dalam google imej tu??  Sampai je di perkarangan masjid, hatiku jadi sebak..,Ya Allah indahnya rumahmu...Kami berhenti seketika. Salah seorang rakan yang senasib dgnku dah pernah buat umrah sebelum ini, so dialah yang menjadi jurupandu dan guru kpd kami 4 org yang pertama kali datang. Hubby dan rakan2nya masuk ke dalam masjid dan kami memulakan lawatan luar bermula dari luar Othman gate mengikut arah lawan jam seperti tawaf mengelilingi Kaabah. Sepanjang jalan tu, air mataku laju je mengalir...terharu tak dpt digambarkan... Hati tak putus berselawat... Sambil tu sempat juga aku snap gambar.

Inilah lorong yg dilalui dr hotel ke masjid
Al Salam Gate
Zoom in Al Salam Gate

          Dari Bab Al Salam, jemaah lelaki boleh terus masuk ke kawasan makam dan Ar Raudhah. Lama juga kami berhenti di sini, mendengar penerangan ringkas drp cikgu Ani tentang Raudhah al Jannah hingga kena tegur dengan pak pulisi.. Jam 3 pagi azan subuh yang pertama berkumandang. Sayunya rasa hati pertama kali mendengar azan dr Masjid Nabawi. Kami teruskan lawatan hingga ke Jibrail Gate. Di sini sekali lagi kami dihalau oleh pak pulisi. Kami minta izin untuk membaca doa dan memberi salam kpd Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Sekali lagi air mataku mengalir laju...sedih hati tak terkata...

 


Kubah Hijau yang menyimpan cerita tersendiri. Di bawah kubah inilah terletaknya Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar & Saidina Umar.  
  
                                                                             

           Kami meneruskan ziarah ke bahagian luar kawasan masjid, ke perkuburan Baqi'. Tetapi di sebalik tembuk ajelah...tak nampak apa2 pun kecuali tembuk dan pagar. Perkuburan ini hanya boleh diziarahi oleh jemaah lelaki sahaja. Di kawasan ini kami lihat byk kumpulan jemaah negara Arab yang sedang membaca doa atau tahlil di hadapan tembuk perkuburan. Lama juga kami berlegar-legar di sini. Jam 4 pagi kami balik ke hotel. Waktu subuh sudah hampir. Murahnya air mataku...macam tak mahu berhenti. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana diberi peluang untuk menjadi tetamuMu...Kau permudahkanlah segala urusanku, janganlah kau palingkan niat asalku ke Tanah Suci semata2 untuk beribadah kepadamu...aminnn...

          Sampai di hotel azan subuh pun berkumandang. Sayunya rasa hati...Aku masuk ke bilik utk merehatkan diri. Tak tahulah kenapa...aku langsung tak rasa letih atau mengantuk. Aku paksakan juga mataku untuk lelap seketika. Entah bila aku terlelap, aku pun tak tahu. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan deringan handphoneku. Rupanya hubby call ajak turun breakfast. Breakfast?...eh, dah pukul berapa ni....tengok kat luar dah terang tapi jam baru pukul 6 pagi. Kalau di tanah air cerah macam ni dah pukul 8 pagi. Malasnya aku nak turun, mandi pun belum lagi...Aku nak sambung tidur semula... baru nak tidur hubby masuk ke bilik bawa breakfast ke bilik. Amboi, rasa macam tuan puteri pulak...thanks hubby..

          Hubby kata dia dah janji dengan kawan nak iktikaf di masjid hingga solat Jumaat. Sekali lagi aku berpesan supaya dia berdoa agar aku boleh masuk ke masjid untuk bersolat dan yang paling penting boleh masuk ke Raudhah. Aku turut bersiap untuk mengikut hubby ke masjid tapi aku setakat luar masjid je lah..Kali ini aku jalan sorang2 je menikmati pemandangan di sekitar masjid waktu siang. Masa sampai, semua payung dah terbuka cantiknya....Peniaga2 semakin ramai memulakan perniagaan mereka. Dah puas merayau2 sekitar masjid, aku keluar ke kawasan kedai di sekitar hotel2 berhampiran. Kedai2 yang agak ekslusif belum buka lagi. Mungkin pukul 10 baru beroperasi. Dari jauh nampak Money Changer, teringat duit belum tukar lagi. Tukar RM300 = SR360. Ini bermakna RM100 = SR120. Cukuplah tu untuk beli barang keperluan bukannya nak bershopping sakan. Dalam pada itu teringat pula ttg kayu sugi yang belum dibeli. Takde masalah nak cari kayu sugi, sebab ramai penjaja di tepi jalan menjual kayu sugi. Tapi takde pulak yang menjual dalam kuantiti yang diperlukan, semuanya dalam jumlah yang banyak. Nak tak nak beli jugalah..harga pun taklah mahal, SR5 je. 

            
                                                        
                                                                                                             
                                                    

 
         
         Puas jalan sorang2, dah tak tahu nak buat apa lagi...cadang nak balik hotel. Berjumpa pula dengan Ani, kak Bib dan kak Has, tak jadi pula nak balik. Kedai2 pun dah memulakan biz masing2. Kami pun masuk ke salah satu kedai menjual jubah. Masing2 memilih jubah yang untuk dibeli. Akhirnya, selepas proses tawar menawar dapatlah harga  yang kami mahu. Peniaga2 ramai yang boleh berbahasa Melayu. So takde masalah dalam urusan jual beli. Aku membeli 2 helai jubah yang harganya sangat berpatutan.  Kami pulang ke hotel untuk berehat sementara menunggu lunch.

         Sampai di lobi, kami mengagihkan kayu sugi seorang 7 batang sebagai ikhtiar menghentikan haid... In sya Allah, dengan izinNya. Di hotel aku membuat pemeriksaan, lega rasa hati sbb sejak subuh tadi tiada tanda2 haid yang keluar. Jika sampai subuh esok, masih tiada, itu bermakna aku dah boleh bersolat di masjid, In Sya Allah...mungkin berkat doaku dan hubbyku serta keizinanNya

         Mutawif kumpulan kami ustaz Hj Hamdan meminta kami berkumpul di perkarangan masjid selepas solat asar untuk dibawa ke pasar kurma. Katanya harga kurma di pasar lebih murah jika dibandingkan dengan harga di ladang. Selepas Asar, kami beramai2 berjalan kaki ke pasar kurma. Boleh tahan juga jauhnya dari masjid. Terpaksa melintas beberapa jln raya, dan menyusur kedai2. Di pasar kurma kami ke kedai kenalan ustaz Hamdan. Kami dilayan dengan baik terutama drp seorang pekerja Indon yang sangat fasih berbahasa Arab. Kami diberi air percuma lagi dan dapat makan kurma free...HALAL..HALAL.. Masing2 sarat dengan kurma dan kekacang yang dibeli. Ada yang terpaksa balik ke hotel dengan menyewa teksi kerana tak larat nak membimbit beg yang berat. Aku dah ready dgn beg roda (hand lageg) yang diberi oleh Tiram Travel, so hubby diberi tugas menarik beg hingga ke hotel. Di pertengahan jalan roda beg jem tak bergerak sbb terlalu berat..tak larat nak menanggung beban. Kami berhenti sebentar di perkarangan masjid. Masa tu, payung2 sedang menguncup menandakan dah hampir waktu maghrib. 

         Aku tinggal sorang di bilik, hubby ke masjid utk solat maghrib dan isyak. Aku tertidur hinggalah hubby call suruh turun utk makan malam. Selesai makan malam, aku sambung tidur...kami tidur lena mlm tu kerana terlalu letih....