UMRAH PART 3
ZIARAH LUAR
DAY 3 - 1/6/13 (Sabtu)
Alhamdulillah...syukur kepadaMu Ya Allah, sesungguhnya dengan izinMu sudah 24 jam aku dalam keadaan suci. Ini bermakna aku boleh ke masjid untuk solat subuh pertamaku sejak berada di Madinah. Jam 3.30 pagi, aku dan hubby berjalan ke masjid bersama jemaah2 yg lain. Sampai di pintu masjid aku terus membaca doa masuk ke masjid.
"Dengan nama Allah dan agama Rasulullah, Ya Allah, berikan selawat dan salam ke atas Nabi Muhamad s.a.w. dan keluarganya. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah semua pintu rahmatMu."
Sebelum masuk aku meletakkan kasut di rak bahagian luar sambil berdoa agar kasutku tak hilang. Aku lupa nak bawa uncang kasut. Masa aku sampai tu, polis wanita belum ada lagi berkawal di pintu masjid. Disebabkan pertama kali masuk ke masjid Nabawi, aku rasa sungguh kagum melihat betapa indahnya senibina bhg dalam masjid itu. Aku terus mencari ruang untukku bersolat sunat tahiyatul masjid diikuti solat sunat yang lain sebelum masuk waktu subuh. Sekali lagi air mataku gugur apabila mendengar Muadzim melaungkan azan subuh. sungguh shahdu aku rasakan...Sejak sampai di Madinah, air mataku begitu murah..hati pula selalu je sebak...
Selesai solat subuh, aku tidak terus keluar. Aku pergi ke saf paling hadapan dengan harapan dapat masuk ke Raudhah. Waktu masuk ke Raudhah bagi jemaah wanita hanya 3 kali.
Pagi: Selepas solat subuh hingga jam 10.00 pagi
Tengah hari: Selepas solat zohor hingga jam 3.00 petang
Malam: Selepas solat isya’ hingga jam 11.00 malam
Aku menunggu penuh sabar. Tapi hingga pukul 5.30 pagi belum ada tanda2 yang menunjukkan jemaah wanita akan dibawa masuk ke Raudhah. Aku tidak boleh menunggu lagi sbb kami mesti berkumpul di lobi hotel jam 6.30 pagi untuk buat ziarah luar. Aku terus keluar dr masjid sambil membaca doa,
"Dengan nama Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah, Ya Allah, bukakanlah semua pintu rezeki dan kebaikan bagiku."
Sampai di pintu, mataku liar memandang ke rak kasut. Alhamdulillah...masih ada lagi kasutku di situ. Aku balik ke hotel dengan segera untuk breakfast. Hubby dah lama sampai di hotel. Dia tidak menungguku sbb aku dah beritahu lebih awal yang aku nak ziarah (ke Raudhah) dulu sebelum balik. Di dining hall dah ramai jemaah sedang breakfast. Aku mencari tempat kosong dan cepat2 makan sbb nak bersiap2 utk ziarah luar.
Hotel penginapan kami dari jalan yang dilalui setiap hari ke Masjid. Waktu ini baru jam 6.00 pagi tapi dah terang benderang macam jam 8.00 pagi di tanah air.
Tepat jam 6.30 pagi aku dan hubby turun ke lobi. Ramai jemaah dah menunggu...bas2 yg akan membawa kami pun sudah tiba. Melihat ramai jemaah wanita yang memakai 'NIQAB' (kain penutup muka seperti yang dipakai oleh wanita2 Arab), aku pun naik semula ke bilik utk mengambilnya. Dalam cuaca dan suhu yang panas, memakai Niqab adalah cara yang terbaik. Niqab tu aku beli masa membeli jubah.
Sebelum bertolak, kami diingatkan supaya berwuduk terlebih dahulu untuk bersolat di Masjid Quba'. Masjid ini merupakan masjid pertama dalam Islam yang dibina sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. tiba dari Mekah ketika berhijrah bersama sahabat baginda, Saidina Abu Bakar. Mendirikan solat di masjid ini sangat besar ganjarannya. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang berwuduk di rumahnya (tempat penginapan), kemudian bersolat di Masjid Quba', dia akan mendapat pahala satu umrah".
Sepanjang perjalanan ke Masjid Quba' aku tak lepaskan peluang untuk melihat pemandangan kota Madinah Al Munawarah. Seperti bandar2 lain Madinah juga sdg pesat membangun. Aku macam biasalah aku, snap sana...snap sini menambahkan koleksi gambar dlm memori hp aku. Org lain guna DSLR, aku dgn GS4 pun dah cukup. Itupun bukannya pro sangat.
![]() |
Salah sebuah masjid di Kota Madinah |
![]() |
salah sebuah hospital di kota Madinah |
Setelah hampir dgn masjid, kami lihat org ramai dah mula memenuhi kawasan masjid. Kawasan parking bas pun sama. Aku lihat bas berderet2 hampir sama je...Orang berniaga pun ramai juga. Macam2 yang dijual. Turun dr bas, sempat juga menjeling ke arah barang2 yang dijual di kawasan tu. Semuanya sama je..mana2 pun ada. Aku & hubby terus melangkah laju ke masjid untuk bersolat. Aku menuju ke pintu yg dikhaskan utk wanita. "MasyaAllah...ramainya...cabaran betul..".nak masuk dan nak keluar semuanya menggunakan laluan yang sama, berasak-asak. Kenapalah tak buat laluan lain untuk keluar, jadi taklah sesak sangat. Pandai2 pulak aku nak mengajar....lama jugalah aku tersekat di situ...Kesiannya aku lihat org2 tua yg kena tolak dan dirempuh oleh wanita2 arab yg berbadan besar tu. Aku sendiri pun entah beberapa kali nak tersungkur. Nasiblah aku jumpa dgn kak Bib, kami saling berpegangan supaya tak jatuh. Kak Bib pun sama macam aku, dah suci dr haid...alhamdulillah...
Alhamdulillah... akhirnya kami dpt masuk ke dalam masjid. Aku tumpang uncang kasut kak Bib sbb aku lupa lagi nak bawa uncang tu. Kami diarahkan oleh pengawal wanita, supaya naik ke ruang solat di tingkat atas. Ruang solat di atas lebih selesa kerana tidak ramai jemaah di situ berbanding dgn ruang solat di bawah. Agaknya ramai yang malas nak memanjat tangga naik ke atas. Aku mengambil ruang paling hadapan supaya tak terganggu dgn org yang lalu lalang di hadapan aku. Memang betullah kata mak dan ustaz2 yang memberi kursus, kalau di tempat kita...kita sangat hormat kpd org yg sdg solat. Kita tak lalu di hadapan org tgh solat. Tapi di sini, tgh solat pun org boleh langgar dan langkah kepala kita yg tgh bersujud. Pelik juga bila difikirkan...knp mereka tak berdisiplin?? Kenapa mesti berebut2?? Jawapannya mungkin disebabkan mereka mementingkan diri sendiri....semoga aku dijauhkan dr sifat itu.
Aku mulakan dgn solat tahiyatul masjid diikuti dgn solat hajad. Lama juga aku berdoa kerana inilah peluang yg diberi Allah kpdku sebagai tetamuNya...Tak tahu bila pula peluang begini nak datang lagi...moga ini bukan peluang pertama dan terakhir untukku. Selesai solat dan berdoa, aku pun segera keluar. Alhamdulillah...masa aku keluar tu, jemaah dah berkurangan. Mudah pula nak keluar, taklah berasak2 macam nak masuk tadi. Aku call hubby, rupanya dia dah lama menunggu di dalam bas. Aku cepat2 menuju ke arah bas yg banyak tu..."eh, mana pulak bas aku tadi?" Aku tercari2 rakan2 dr bas yg sama. Masih ada yg sdg membeli belah. Lega rasa hati..maknanya aku bukanlah org yg terakhir.
Satu peristiwa lucu terjadi padaku...nak tergelak bila teringatkannya... Aku sebenarnya lupa warna bas yg aku naik. Yang aku ingat, di cermin hadapan bas tu tertulis nombor 7. Sedang aku tertinjau2 tu rupanya bas no 7 tu di sebelah aku je...aku pun terus pergi ke sebelah kiri bas. "Eh, mana pulak pintu bas ni??" Ops..aku lupa yg kenderaan di sana dipandu di sebelah kiri. Jadi mcm mana nak jumpa pintu sebelah kiri. Pintu utk driver adalah..(lucu yg pertama)
Aku pun cepat2 pusing semula ke sebelah kanan. Nampak pintu..aku pun terus naik. Aku rasa semacam je..."eh, kenapa pulak macam lain je..macam tak kenal je org2 dlm bas ni..."Semua yg ada dlm bas pun macam pelik je tengok aku. Aku pun terus bertanya dengan jemaah yg terhampir...sebelum sempat dia menjawab ada seorang kakak tu terus sound aku...."adik salah bas kut"...opss...ye ke? Rasa darah terus menerpa ke mukaku..merah padam agaknya...malu tak terkata..Apa lagi...tanpa berlengah dan tanpa minta maaf aku pun segera turun dr bas tu...Aduh...malunya aku....Sampai bawah, aku tengok semula kat depan bas tu betullah no 7. Rupanya ada juga bas yg sama no dgn bas aku...(lucu kedua).
"Manalah pulak bas aku ni..."Aku terus call hubby, dia suruh aku cepat sikit nanti kena tinggal..."Aduh...manalah pulak bas ni..."Akhirnya aku nampak beberapa org dr kumpulan aku yg berskarf oren sdg berbual2 berhampiran sebuah bas dan bas tu ada no 7 pada kertas di cermin hadapannya . "Yes, itu comfirm bas aku"...alhamdulillah... Itulah kebaikan memakai tanda seperti skarf oren yg diberi oleh agensi yg membawa kami. Tapi masa tu aku tak pakai pun skarf tu..beg sandang aku yg pakai...tapi at least ada juga tanda kan...
Kali ini aku pastikan yang aku tak salah arah cari pintu...dan juga tak salah bas lagi. Naik je dalam bas aku terus nampak muka hubby dan Hakim di seat paling belakang. Syukur alhamdulillah....lega betul rasa hati...lepas tu buat2 merajuk dgn hubby sbb tak tunggu aku masa keluar dr masjid. Dia pun kata, "itulah suka sangat ambil gambar, kan nak kena tinggal"...ada ke dia kata aku lambat sbb leka ambil gambar....Bila semua jemaah dan naik bas, kami pun meninggalkan Masjid Quba' menuju ke Jabal Uhud. "Selamat tinggal Masjid Quba', aku akan datang lagi..In sya Allah..."Aku pun buka cerita apa yg sebenarnya berlaku pada aku sebelum itu....Apa lagi hubby dan Hakim gelakkan aku...aku pun gelak sama...peristiwa itu pasti takkan dapat aku lupakan...
Bas meluncur laju ke Jabal Uhud. Masa tu baru jam 9.00 pagi, tapi dah macam pukul 12.00 tgh hari di tanah air. Cuaca cerah, suhu aku agaklah melebihi 40 darjah celcius. Jabal Uhud, bukit yang menyaksikan limpahan darah para syuhada yang berjuang demi mempertahankan agama kita yang tercinta ini. Dari jauh lagi dah nampak bukit yang berwarna kemerah-merahan itu,
seolah-olah nak memberitahu betapa di sinilah mengalirnya darah dan
airmata mereka yang sanggup kehilangan harta dan insan tersayang demi
mengejar keredhaan Illahi, Allahu Akbar…
Sampai di Jabal Uhud, seperti juga di Masjid Quba' bas dah berderet2. Tapi di situ kawasannya luas. Jadi taklah bersesak-sesak spt di Masjid Quba'. Di sekitar kaki bukit, ramai org berniaga. Macam-macam benda yang dijual terutama pelbagai ubat2 tradisional seperti akar kayu dan buah2 kering. Tetapi peniaga di sini tak berapa pandai berbahasa Melayu terutama peniaga wanita berkulit hitam.
Jabal Uhud
Sedikit maklumat tentang Jabal Uhud sebagai perkongsian. Jabal Uhud terletak lima kilometer (km) ke utara Kota Madinah, dan bukit ini dikatakan antara bukit yang dapat kita lihat di dalam syurga andaikata kita berjaya dimasukkan ke dalam jannah, InsyaAllah....
ia seperti sabda Baginda;
” Ini (Jabal Uhud) adalah gunung yang ia mencintai kami dan kamipun mencintainya. Dan dia adalah salah satu gunung yang terdapat di syurga. “
Jabal Uhud mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding bukit-bukit yang lain sekitar kota Madinah. Tingginya 1077 meter. Bukit ini tidak bersambung dengan mana-mana rangkaian bukit dan terletak sedikit terasing oleh sebab itu, Jabal Uhud dinamakan ‘Uhud’ yang membawa erti ‘satu’ atau ‘terpencil’ dan bila sebut Jabal Uhud, sudah tentu kita tidak akan lupa satu peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu Perang Uhud yang terjadi pada Shawal 3 / H Mac 625 M. Perang kedua dalam Islam ini mengorbankan 70 orang muslimim termasuk bapa saudara baginda, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami kecederaan yang teruk, perang ini berakhir dengan kekalahan di pihak muslim. Sahabat-sahabat Nabi membawa baginda berundur ke belakang lalu terus menaiki Bukit Uhud. Bukit Uhud bergoyang kerana malu tubuhnya dinaiki makhluk yang paling mulia.
Bersabdalah Nabi SAW: “Isbat ya Uhud”. Tetaplah engkau wahai uhud. Bukankah makhluk yang paling mulia berada di atasmu bersama shahidain (dua sahabat yang akan syahid iaitu Umar dan Uthman).
Setelah berundur di atas Bukit Uhud, Rasulullah di tempatkan di sebuah gua yang kecil yang hanya menempatkan empat orang di dalamnya. Rasulullah SAW terbaring tidak sedarkan diri manakala para sahabat berkubu di bawah bukit bagi menyekat serangan kaum musyrikin. Setelah peperangan reda tentera Muslimin pun baliklah ke Kota Madinah.
Jabal Rumat / Bukit Pemanah
Salah satu lokasi di sekitar gunung Uhud. Sebuah bukit yang tidak terlalu tinggi dan merupakan bukit yg ditunjuk Rasulullah saw sebagai tempat pasukan pemanah dalam peperangan Uhud. Jabal Rumat adalah tempat penting, kerana di sanalah 50 pasukan permanah Islam bersiap membantu serangan, sehingga pasukan tentera kafir Quraisy berundur. Tentera Islam telah menang dengan pengunduran tentera kafir itu. Tentera memanah yang bertahan di atas bukit ini mula turun ke bawah bukit untuk memungut harta
rampasan perang, yg sengaja ditinggalkan oleh pasukan kafir. Mereka lupa akan pesanan Rasulullah SAW agar tidak meninggalkan tempat pertahanan mereka di atas Bukit Rumat sama ada menang ataupun kalah.
Melihatkan tentera Islam turun dari pertahanan mereka, Khalid Al-Walid yang mengetuai tentera kafir Quraisy telah menyerang tentera Islam dari arah belakang menerusi bukit ini. Serangan mengejut itulah yang menyebabkan pertahanan tentera Islam menjadi lemah. Walau bagaimanapun Rasulullah SAW bersama Abu Bakar, Umar dan Ali masih selamat. Ubai bin Khalaf yang ketika itu muncul untuk membunuh Rasulullah SAW telah ditikam oleh Baginda menggunakan lembing sehingga mati kerana mempertahankan diri Baginda dan iainya merupakan yang pertama dilakukan Baginda.
Rasulullah SAW cedera parah. Kedua lutut Baginda tercedera, pipi, gigi Baginda patah dan Baginda Rasulullah SAW turut pengsan. Ramai sahabat berusaha menjadi perisai untuk melindunginya dari terkena serangan anak-anak panah yang bagaikan hujan lebat. Ramai tentara Islam yang cedera parah akibat serangan pembalasan dendam tentera kafir Quraisy. Seramai 70 orang tentera Islam terkorban manakala hanya 23 tentera Quraisy yang terkorban dalam peperangan Uhud ini. Antara yang terkorban semasa mempertahankan Baginda adalah Abu Dajajah, Saad Bin Abi Waqas, Mus'ab Bin Umair, seorang sahabiah yang bernama Ummu Imarah Nusaibah Al-Ashary (perawat tentera Islam dalam peperangan ini) serta suaminya Zaid Bin Asim serta 2 orang anaknya Habib dan Abdullah yang turut menjadikan tubuh mereka sebagai perisai mempertahankan Rasulullah SAW.
Bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Saidina Hamzah Bin Adbul Muttalib yang diberi gelaran 'Singa Allah' dibunuh oleh seorang lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya telah ditebuk dan hatinya dilapah dengan dahsyat oleh Hindun, isteri Abu Sufiyan. Perbuatan Hindun ini sangat memberi kesan walaupun kemudiannya Hindun telah kembali kepada Islam.
Makam Syuhada
Aku mulakan dgn solat tahiyatul masjid diikuti dgn solat hajad. Lama juga aku berdoa kerana inilah peluang yg diberi Allah kpdku sebagai tetamuNya...Tak tahu bila pula peluang begini nak datang lagi...moga ini bukan peluang pertama dan terakhir untukku. Selesai solat dan berdoa, aku pun segera keluar. Alhamdulillah...masa aku keluar tu, jemaah dah berkurangan. Mudah pula nak keluar, taklah berasak2 macam nak masuk tadi. Aku call hubby, rupanya dia dah lama menunggu di dalam bas. Aku cepat2 menuju ke arah bas yg banyak tu..."eh, mana pulak bas aku tadi?" Aku tercari2 rakan2 dr bas yg sama. Masih ada yg sdg membeli belah. Lega rasa hati..maknanya aku bukanlah org yg terakhir.
Satu peristiwa lucu terjadi padaku...nak tergelak bila teringatkannya... Aku sebenarnya lupa warna bas yg aku naik. Yang aku ingat, di cermin hadapan bas tu tertulis nombor 7. Sedang aku tertinjau2 tu rupanya bas no 7 tu di sebelah aku je...aku pun terus pergi ke sebelah kiri bas. "Eh, mana pulak pintu bas ni??" Ops..aku lupa yg kenderaan di sana dipandu di sebelah kiri. Jadi mcm mana nak jumpa pintu sebelah kiri. Pintu utk driver adalah..(lucu yg pertama)
Aku pun cepat2 pusing semula ke sebelah kanan. Nampak pintu..aku pun terus naik. Aku rasa semacam je..."eh, kenapa pulak macam lain je..macam tak kenal je org2 dlm bas ni..."Semua yg ada dlm bas pun macam pelik je tengok aku. Aku pun terus bertanya dengan jemaah yg terhampir...sebelum sempat dia menjawab ada seorang kakak tu terus sound aku...."adik salah bas kut"...opss...ye ke? Rasa darah terus menerpa ke mukaku..merah padam agaknya...malu tak terkata..Apa lagi...tanpa berlengah dan tanpa minta maaf aku pun segera turun dr bas tu...Aduh...malunya aku....Sampai bawah, aku tengok semula kat depan bas tu betullah no 7. Rupanya ada juga bas yg sama no dgn bas aku...(lucu kedua).
"Manalah pulak bas aku ni..."Aku terus call hubby, dia suruh aku cepat sikit nanti kena tinggal..."Aduh...manalah pulak bas ni..."Akhirnya aku nampak beberapa org dr kumpulan aku yg berskarf oren sdg berbual2 berhampiran sebuah bas dan bas tu ada no 7 pada kertas di cermin hadapannya . "Yes, itu comfirm bas aku"...alhamdulillah... Itulah kebaikan memakai tanda seperti skarf oren yg diberi oleh agensi yg membawa kami. Tapi masa tu aku tak pakai pun skarf tu..beg sandang aku yg pakai...tapi at least ada juga tanda kan...
Kali ini aku pastikan yang aku tak salah arah cari pintu...dan juga tak salah bas lagi. Naik je dalam bas aku terus nampak muka hubby dan Hakim di seat paling belakang. Syukur alhamdulillah....lega betul rasa hati...lepas tu buat2 merajuk dgn hubby sbb tak tunggu aku masa keluar dr masjid. Dia pun kata, "itulah suka sangat ambil gambar, kan nak kena tinggal"...ada ke dia kata aku lambat sbb leka ambil gambar....Bila semua jemaah dan naik bas, kami pun meninggalkan Masjid Quba' menuju ke Jabal Uhud. "Selamat tinggal Masjid Quba', aku akan datang lagi..In sya Allah..."Aku pun buka cerita apa yg sebenarnya berlaku pada aku sebelum itu....Apa lagi hubby dan Hakim gelakkan aku...aku pun gelak sama...peristiwa itu pasti takkan dapat aku lupakan...
Sampai di Jabal Uhud, seperti juga di Masjid Quba' bas dah berderet2. Tapi di situ kawasannya luas. Jadi taklah bersesak-sesak spt di Masjid Quba'. Di sekitar kaki bukit, ramai org berniaga. Macam-macam benda yang dijual terutama pelbagai ubat2 tradisional seperti akar kayu dan buah2 kering. Tetapi peniaga di sini tak berapa pandai berbahasa Melayu terutama peniaga wanita berkulit hitam.
Jabal Uhud
Sedikit maklumat tentang Jabal Uhud sebagai perkongsian. Jabal Uhud terletak lima kilometer (km) ke utara Kota Madinah, dan bukit ini dikatakan antara bukit yang dapat kita lihat di dalam syurga andaikata kita berjaya dimasukkan ke dalam jannah, InsyaAllah....
ia seperti sabda Baginda;
” Ini (Jabal Uhud) adalah gunung yang ia mencintai kami dan kamipun mencintainya. Dan dia adalah salah satu gunung yang terdapat di syurga. “
Jabal Uhud mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding bukit-bukit yang lain sekitar kota Madinah. Tingginya 1077 meter. Bukit ini tidak bersambung dengan mana-mana rangkaian bukit dan terletak sedikit terasing oleh sebab itu, Jabal Uhud dinamakan ‘Uhud’ yang membawa erti ‘satu’ atau ‘terpencil’ dan bila sebut Jabal Uhud, sudah tentu kita tidak akan lupa satu peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu Perang Uhud yang terjadi pada Shawal 3 / H Mac 625 M. Perang kedua dalam Islam ini mengorbankan 70 orang muslimim termasuk bapa saudara baginda, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami kecederaan yang teruk, perang ini berakhir dengan kekalahan di pihak muslim. Sahabat-sahabat Nabi membawa baginda berundur ke belakang lalu terus menaiki Bukit Uhud. Bukit Uhud bergoyang kerana malu tubuhnya dinaiki makhluk yang paling mulia.
Bersabdalah Nabi SAW: “Isbat ya Uhud”. Tetaplah engkau wahai uhud. Bukankah makhluk yang paling mulia berada di atasmu bersama shahidain (dua sahabat yang akan syahid iaitu Umar dan Uthman).
Setelah berundur di atas Bukit Uhud, Rasulullah di tempatkan di sebuah gua yang kecil yang hanya menempatkan empat orang di dalamnya. Rasulullah SAW terbaring tidak sedarkan diri manakala para sahabat berkubu di bawah bukit bagi menyekat serangan kaum musyrikin. Setelah peperangan reda tentera Muslimin pun baliklah ke Kota Madinah.
![]() |
Jabal Uhud dr dlm bas |

Jabal Rumat / Bukit Pemanah
Salah satu lokasi di sekitar gunung Uhud. Sebuah bukit yang tidak terlalu tinggi dan merupakan bukit yg ditunjuk Rasulullah saw sebagai tempat pasukan pemanah dalam peperangan Uhud. Jabal Rumat adalah tempat penting, kerana di sanalah 50 pasukan permanah Islam bersiap membantu serangan, sehingga pasukan tentera kafir Quraisy berundur. Tentera Islam telah menang dengan pengunduran tentera kafir itu. Tentera memanah yang bertahan di atas bukit ini mula turun ke bawah bukit untuk memungut harta
rampasan perang, yg sengaja ditinggalkan oleh pasukan kafir. Mereka lupa akan pesanan Rasulullah SAW agar tidak meninggalkan tempat pertahanan mereka di atas Bukit Rumat sama ada menang ataupun kalah.
Melihatkan tentera Islam turun dari pertahanan mereka, Khalid Al-Walid yang mengetuai tentera kafir Quraisy telah menyerang tentera Islam dari arah belakang menerusi bukit ini. Serangan mengejut itulah yang menyebabkan pertahanan tentera Islam menjadi lemah. Walau bagaimanapun Rasulullah SAW bersama Abu Bakar, Umar dan Ali masih selamat. Ubai bin Khalaf yang ketika itu muncul untuk membunuh Rasulullah SAW telah ditikam oleh Baginda menggunakan lembing sehingga mati kerana mempertahankan diri Baginda dan iainya merupakan yang pertama dilakukan Baginda.
Rasulullah SAW cedera parah. Kedua lutut Baginda tercedera, pipi, gigi Baginda patah dan Baginda Rasulullah SAW turut pengsan. Ramai sahabat berusaha menjadi perisai untuk melindunginya dari terkena serangan anak-anak panah yang bagaikan hujan lebat. Ramai tentara Islam yang cedera parah akibat serangan pembalasan dendam tentera kafir Quraisy. Seramai 70 orang tentera Islam terkorban manakala hanya 23 tentera Quraisy yang terkorban dalam peperangan Uhud ini. Antara yang terkorban semasa mempertahankan Baginda adalah Abu Dajajah, Saad Bin Abi Waqas, Mus'ab Bin Umair, seorang sahabiah yang bernama Ummu Imarah Nusaibah Al-Ashary (perawat tentera Islam dalam peperangan ini) serta suaminya Zaid Bin Asim serta 2 orang anaknya Habib dan Abdullah yang turut menjadikan tubuh mereka sebagai perisai mempertahankan Rasulullah SAW.
Bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Saidina Hamzah Bin Adbul Muttalib yang diberi gelaran 'Singa Allah' dibunuh oleh seorang lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya telah ditebuk dan hatinya dilapah dengan dahsyat oleh Hindun, isteri Abu Sufiyan. Perbuatan Hindun ini sangat memberi kesan walaupun kemudiannya Hindun telah kembali kepada Islam.
Makam Syuhada

Sambung semula pengalaman aku di Jabal Uhud. Walaupun panas terik, kami gagahkan juga kaki mendaki Bukit Ramat / Pemanah. Ramai jemaah yang tidak melepaskan peluang itu. Nampak macam tak tinggi tapi semput juga nafasku...tanganku pula tak lepas dari memaut lengan hubby agar aku tidak terjatuh. Tapi sungguh tak percaya apabila melihat seorang nenek mendaki dengan selamba tampa dibantu oleh sesiapa. Nenek tu satu group dgn aku. Dia datang bersama anak perempuan, cucu lelaki dan cucu menantu (Lydia). Kagumnya aku....sampai di atas aku terus bertanya dengan Lydia, umur neneknya itu. Umur nenek tu dah hampir 80 tahun. Tubuhnya kecil je..tapi staminanya kuat. Di kampungnya dlm usia itu dia masih menoreh getah. Terdetik dalam hatiku..."jika usiaku panjang, adakah aku sekuat nenek itu dalam usia sebegitu? Wallah A'lam Bissawab..."
Turun je dari Bukit Pemanah, kami terus ke Makam para syuhada yg terkorban semasa perang Uhud. Kami hanya dapat melihat dari celah2 jeriji. Kubur di situ tidak bertanda dgn batu nisan. Kami terus membacakan doa seperti yang ada dlm buku doa yg dibekalkan kpd kami oleh agensi. Selesai berdoa kami meninjau2 gerai2 yang menjual pelbagai jenis barang. Tapi aku tak beli apa2 pun. Hubby membeli sehelai kain (skarf) lelaki untuk menutup kepala drp perit cahaya matahari. Selepas itu kami naik ke dalam bas untuk meneruskan ziarah kami ke ladang kurma.
Tembikai pun ada |
Kami sampai di ladang kurma dlm pukul 10.00 pagi. Tak masuk ladang pun...cuma masuk kat tempat menjual kurma. Di situ semua jenis kurma ada. Kami boleh makan sebanyak mana pun...semuanya halal. Tapi harga kurma di situ sangatlah mahal, 2 kali ganda dgn harga kurma di pasar kurma yang kami pergi hari semalamnya. Aku tak beli walau satu jenis kurma pun sbb semuanya dah dibeli. Lebih kurang setengah jam di situ, kami pun naik semula ke dalam bas. Sepatutnya kami pergi melawat kilang al Quran tapi disebbkan kesuntukan masa, kami terus je pulang ke hotel. Jadi tak banyaklah yang dapat aku ceritakan di sini.
Pukul 11.00 kami sampai di hotel. Waktu tu macam pukul 1.00 di tanah air. Hubby ajak masuk kedai menjual jubah lelaki dan perempuan. Harga di kedai tu berpatutan juga. Banyak juga yang kami beli, untuk anak2, kawan2 dan diri sendiri. Lepas tu kami terus balik ke hotel, bersiap2 ke masjid untuk solat zuhur.
Oklah...aku stop dulu...nanti aku sambung pula dengan cerita yang lebih manarik. Pengalaman di Raudhah.....tunggu....assalamualaikum.....
No comments:
Post a Comment