Sunday, 30 June 2013

EPISOD DI RAUDHAH

RAUDHAH  YANG DIRINDU (1)

          Salam alaik...bertemu kembali. Kali ini aku akan menyambung semula kisahku selepas selesai ziarah luar. Semoga kisahku ini akan menjadi panduan kepada rakan2 yang akan menunaikan umrah dan haji. Sharing is caring. Ok..mari kita teruskan...

          Setelah selesai bersiap2 aku dan hubby melangkah ke masjid untuk solat Zuhur. Aku memberitahu hubby lepas solat aku nak buat ziarah dan masuk ke Raudhah. Dalam pada itu lupa pula aku nak bagi kunci bilik kepadanya. Sampai di masjid kami berpisah mengikut laluan (gate) yang telah ditetapkan untuk jemaah lelaki dan jemaah wanita. Kali kedua masuk ke masjid, aku dah tak lupa nak bawa uncang/beg kasut. Beg itu aku bawa masuk ke masjid bersama beg sandang aku. Aku ikat kemas2 pada beg sandang supaya tidak tercicir.

       Sampai di pintu masuk, pengawal wanita berkelubung hitam memeriksa beg kami kalau2 kami membawa kamera. Risau juga aku takut dia check hp aku yang berkamera (GS4). Kalau kena rampas menangislah aku...Hp tu aku beli 2 hari sebelum berangkat.. Jadi hp tu aku sorok dalam poket jubah aku. Dia check dalam beg je, dlm poket tak check pun. Agaknya kamera kecil boleh kut, DSLR yg dilarang. Hp tu sangat penting untuk aku curi2 ambil gambar dalam masjid. Di tempat2 lain juga aku lebih suka ambil gambar guna GS4 je. Kamera jarang2 guna, masa2 tertentu je guna kamera.

          Selepas melepasi pemeriksaan pengawal, aku terus menuju ke saf paling hadapan bagi jemaah wanita. Aku mencari2 jemaah wanita yg memakai skaf oren di leher. Akhirnya aku bertemu juga dgn kak Bib. Kak Bib memang setia dgn skaf oren tu...Kak Bib memberi sedikit ruang utkku menunaikan solat sunat tahiyatul masjid. Tidak lama kemudian, azan pun berkumandang...jemaah semakin ramai. Makin sibuklah pengawal2 mengarahkan jemaah masuk ke ruang2 yang masih kosong.

          Selesai solat Zuhur, diikuti pula solat jenazah. Setiap kali selepas solat fardhu, tidak ada wirid dan doa dibaca oleh imam secara jemaah, baca sendiri2 je. Kalau nak solat sunat mengiringi fardhu(ba'diah) biasanya tak sempat. Jadi aku tunggu hingga imam mulakan solat jenazah, lepas solat jenazah barulah aku solat sunat ba'diah. Aku tidak mahu terlepas peluang keemasan itu. Jika di tempat kita, jarang wanita dapat solat jenazah. Di Tanah Suci setiap kali lepas solat fardhu kita boleh solat jenazah. Rupa-rupanya pahala solat jenazah ni macam dapat satu Bukit Uhud. Bukit Uhud ni satu-satunya bukit di syurga.

          Sedikit panduan solat jenazah.
          1. berniat ketika takbiratul ihram : "Sahaja aku solat ke atas jenazah-jenazah sepertimana
              yang disolatkan oleh imam, empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah 
              Taala"
          2. Selepas takbir pertama, baca Al Fatihah.
          3. Selepas takbir kedua baca selawat seperti tahiyat akhir (sekurang-kurangnya).
          4. Selepas takbir ketiga baca (sekurang-kurangnya) "Allahum mahgfirlahum warhamhum
              waa'fihim   wa'fuanhum"
          5. Selepas takbir keempat, diam sahaja dan salam mengikut imam.

         Pengawal-pengawal wanita telah siap sedia dengan tali untuk membahagikan kawasan jemaah wanita mengikut negara. Jemaah dari Malaysia disatukan dengan jemaah Indonesia, Singapura dan Brunai. Seorang pengawal memegang spanduk yang tertulis MALAYZIA dlm tulisan arab. Wanita2 Arab diasingkan dari  kumpulan lain. Jemaah  Turki satu kumpulan juga dikawal oleh seorang pengawal. Tapi apa yang dapat aku lihat jemaah/wanita Arab tidak mengendahkan arahan pengawal2 tu. Mereka tak duduk pun di tempat yang ditetapkan. Semuanya berasak-asak dekat pintu, menunggu pintu dibuka. Pintu itu adalah ruang pemisah di antara tempat solat jemaah lelaki dengan wanita. Pintu hanya dibuka ketika jemaah wanita hendak ke Raudhah.Untuk masuk ke Raudhah, jemaah wanita harus melalui ruang solat jemaah lelaki. Pada masa Raudhah dibuka untuk Jemaah wanita, jemaah lelaki tidak dibenarkan berada di kawasan laluan itu, kecuali pengawal2 yang bertugas.

          Aku tengok mereka seoalah2 nak merempuh pintu itu."MasyaAllah...macam tu sekali tak sabarnya mereka nak ke Raudhah." Sementara itu pengawal wanita yang mengawal kumpulan kami sentiasa menyuruh kami duduk. "Ibu, duduk ibu"...itulah sahaja arahannya yg aku faham dan mungkin itu ajelah yang dia tahu... Seorang jemaah wanita dalam kumpulan kami itu bangun lalu menghampiri pengawal wanita itu. Dia bertanya sesuatu...Oh, rupanya dia pandai berbahasa Arab. Mulai dari saat itu dialah pengantara kami dengan pengawal itu. Apa sahaja yang diarahkan oleh pengawal itu, akan diterjemahkan ke bahasa Melayu. 'Penterjemah' kami memberitahu sebab2 kami diasingkan. Pertama, sebab nak beri peluang kepada semua jemaah masuk ke Raudhah mengikut giliran kumpulan. Ruang di Raudhah sangat terhad, jadi kami tidak boleh masuk dalam bilangan yang terlalu ramai. Kedua, untuk mengelakkan kami dirempuh kerana org Malaysia berbadan kecil jika dibandingkan dengan wanita2 Arab dan negara2 lain, yang berbadan besar. Alasan yang ketiga, sebab kami lebih berdisiplin, mendengar arahan dan tidak degil berbandingkan jemaah2 laian yang kasar dan tidak mengikut arahan. Jadi, lebih eloklah kami diasingkan dari kumpulan yg lain itu.

           Lepas mendengar penerangannya, aku rasa bangga sangat menjadi orang Malaysia. Memang betullah tu...kebanyakan orang Malaysia dan negara2 jiran kita sangat berdisiplin, bersopan dan menghormati orang lain. Dalam erti kata lain, pandai membawa diri di tempat orang tanpa meninggalkan budaya dan identiti kemelayuannya. Malaysia sangat terkenal di tanah suci, masuk je kedai semua tahu kita orang Malaysia. Jadi tak hairanlah mengapa semua peniaga2 di sini tahu berbahasa Melayu. Ungkapan "Malayzia bagus" sangat popular di tanah suci. Jadi, jangan malu mengaku kita orang Malaysia. kita akan dilayan dengan baik dan boleh mendapat harga yang berpatutan ketika membeli-belah.

         Berbalik kepada cerita aku tadi...Apabila pengawal lelaki membuka pintu, riuh rendahlah bunyi suara jemaah wanita Arab berserta bunyi tapak kaki berlari tanpa mengira tegahan dan jeritan pengawal2 yang melarang mereka berlari. Barulah aku dapat melihat sendiri bagaimana cabaran untuk masuk ke Raudhah. Sebelum ini hanya mendengar cerita atau membaca pengalaman2 orang lain sahaja. Ini adalah cabaran pertama. Bagaimana pula ketika berada di dalam sana nanti??.."Ya Allah, permudahkanlah urusanku...."

          Kami adalah kumpulan yang terakhir bergerak ke ruang menunggu berhampiran Raudhah. Kumpulan yang pertama tadi agaknya dah sampai di dalam sana. Di ruang menunggu ini, kami diminta berselawat banyak2 sementara menanti giliran kami. Dari ruang ini kami melihat ada dua kumpulan lagi yang masih menunggu giliran. Nampaknya lama lagilah kami di sini. Dari sini, kami hanya dapat melihat ruang sebelah atas Raudhah (siling) yang dihiasi lampu yang cantik dan kipas2 yang ligat berputar. Kipas2 itulah yang membezakan ruang solat biasa dengan Raudhah. Di ruang solat tak ada kipas, hanya penghawa dingin sahaja. Hati berdebar2 dan rasa tidak sabar untuk melangkah masuk ke Raudhah.

         
        Lama juga kami menunggu, hampir satu jam. Jemaah lain aku lihat semakin gelisah. Perut aku pun dah memberi isyarat. Aku dah terlepas masa makan tengah hari di hotel. Untuk menghilangkan rasa lapar, aku minum air zam zam yang aku bawa di dalam beg sandang aku itu. Teringat pula aku kepada hubby...aku terus menghantar sms kpdnya menyatakan yang aku akan terus solat asar. Kalau nak masuk bilik dia kena minta kunci di kaunter receiption.

          Akhirnya, tiba juga giliran kami masuk ke Raudhah. Apabila kami sampai ke ruang yang dinamakan Raudhah, aku lihat masih ramai wanita2 Arab yang belum keluar. Degil betul mereka ni..pentingkan diri sendiri je...lansung tak memikirkan tentang orang lain. Berilah peluang kepada orang lain pula untuk bersolat dan berdoa. Ruang untuk jemaah wanita kecil sahaja. Yang membezakan ruang solat biasa dengan Raudah selain dari siling yang aku ceritakan tadi, ialah warna hamparan. Di Raudhah hamparannya berwarna hijau, ruang solat biasa berwarna merah. Selain itu, tiang2 di dalam Raudhah di hias dengan cantik diselang seli dengan warna keemasan. Itulah sedikit gambaran yang boleh aku berikan.

           Aku dan kak Bib saling berpegangan bimbang dirempuh wanita2 yang bertubuh besar. Sampai sahaja di Raudhah aku terus melihat ke kaki, "ya Allah, kak Bib..kita dah masuk ke dalam Raudah." aku berbisik kepada kak Bib. Alhamdulillah...tapi kami masih terpinga2 mencari ruang untuk bersolat. Tiada ruang langsung untuk kami. Jemaah yang tengah solat pun aku lihat dilangkah oleh jemaah lain yang lalu lalang. Aku mengangkat tangan berdoa kepada Allah semoga diberi sedikit ruang kepadaku dan kak Bib. Sementara itu aku tidak lupa untuk memberi salam kepada junjungan kita Rasulullah SAW serta sahabat2 baginda. aku juga menyampaikan salam rakan2 kepada Baginda. Pengawal tak henti2 menyuruh kami solat dengan segera. "Ibu..solat ibu..solat" Sayunya hati Allah sahaja yang tahu apabila melihat gelagat manusia yang seolah2 mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Kak Bib menarik tangan ku ke ruang yang agak kosong hanya boleh untuk kami bersujud. Dapatlah kami bersolat walaupun sujud di celah2 kaki orang yang lalu lalang. Dalam sujud aku bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada ku untuk bersolat di Raudhah. Air mataku laju mengalir kerana terharu dengan kebesaran dan nikmat yang diberi oleh Allah kepada ku. Sesungguhnya Allah maha mendengar, maha pemurah, maha pengasih lagi maha penyayang. Betapa dia mendengar doa dan permintaanku kerana sebelum ini aku dalam keadaan haid. Tetapi dalam masa dua hari dengan izinNya haidku berhenti. Begitu juga dengan kak Bib. Aku dan kak Bib mengalami keadaan yang sama. Kami sama2 diberi peluang oleh Allah untuk memasuki Masjid Nabawi dan Raudhah Al Jannah, bersolat dan berdoa semahunya. "Syukur kepadaMu Ya Allah...kerana memberi kesempatan kepadaku kali ini. Aku tidak tahu adakah peluang seperti ini akan datang lagi? Hanya Engkau sahaja yang mengetahui...terima kasih Ya Allah..." 

          Selesai sahaja solat dua rakaat dan berdoa, aku dan kak Bib berjalan untuk keluar. Tiba2 ada lagi ruang kosong cukup2 untuk kami bersujud. Sekali lagi kami bersolat sebelum orang lain mengambil tempat itu. Selepas bersolat dan berdoa kami melalui bawah mimbar laluan untuk keluar tapi masih lagi dalam kawasan berhamparan hijau. Aku bisik ke telinga kak Bib, ajak dia bersolat lagi. Kali ini kami berdiri di belakang jemaah yang hampir selesai berdoa di bahagian paling hadapan mengadap dinding, jadi tak ada orang yang lalu lalang di situ. Setelah jemaah itu selesai, kami cepat2 solat. Kali ini kami boleh bersolat dengan lebih selesa kerana tiada yang lalu lalang di hadapan kami, malah aku sempat membaca doa khas ketika di Raudhah yang terdapat dalam buku doa yang dibekalkan.

        Aku dan kak Bib melangkah keluar dengan penuh rasa kusyukuran. Aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Tetapi dari bahagian luar sahaja. Semasa di dalam Raudhah, aku langsung tak ingat nak mengambil gambar. Kalau ingat pun aku rasa memang tak sempat nak ambil sebab keadaan terlalu padat dan sesak. Jadi tak adalah gambar di dalam Raudhah. Tak apalah, di  dalam Raudah untuk jemaah perempuan bukannya ada apa2 hanya ruang untuk solat sahaja. Mihrab Rasulullah dan Mimbar Rasulullah, semuanya di bahagian hadapan ruang untuk jemaah lelaki. Ruang untuk jemaah wanita dan lelaki dipisahkan oleh dinding plastik yang tebal setinggi 2 meter. Makam pula hanya dindingnya sahaja yang nampak.  

           Jam dah menunjukkan ke pukul 3.30 petang. Tak lama lagi dah nak masuk asar. Kami masuk semula ke ruang solat jemaah wanita. Kami duduk di saf paling hadapan. Aku dan kak Bib berjanji akan ke Raudhah lagi selepas Solat Isyak malam nanti. Kami belum puas untuk berdoa di Raudhah. Sesungguhnya cabaran yang kami hadapi untuk masuk ke Raudhah tidak menjadikan kami serik untuk ke sana lagi. Malah makin bersemangat...









           Selesai solat asar aku dan kak Bib keluar dari masjid. Suami kak Bib setia menunggu. Hubby aku belum keluar lagi. Aku menunggu di tempat yang mudah untuk dilihat. Setelah hubby sampai aku mengajaknya dan Hakim pergi membeli makanan kerana aku belum makan sejak dari waktu Zuhur lagi. Petang itu, aku lihat ramai jemaah dr Malaysia yang membeli belah. Setiap lorong dan jalan dipenuhi oleh jemaah yang tidak melepaskan peluang membeli-belah. Setelah membeli nasi beriani kambing, aku balik ke hotel sendiri. Hubby dan Hakim masih nak meronda-ronda lagi. Aku dah tak larat kerana kelaparan. Sampai di hotel aku terus makan nasi beriani kambing itu. Nasi itu kuantitinya cukup untuk makan 3 orang. Aku makan sikit pun dah rasa kenyang. Aku simpan semula nasi itu untuk makan malam nnti. Sudah tentu aku tak sempat nak makan malam selepas Isyak nnt kerana aku dah berjanji dengan kak Bib untuk masuk ke Raudhah lagi.

            Aku akan sambung semula pengalaman ke Raudhah dalam entri yang akan datang yang tentunya lebih mencabar. Tunggu......

 *untuk mengikuti sambungan kisah ini sila ke mizali66.blogspot.com  

        

No comments:

Post a Comment